Walaupun kini kita sudah lazim didedahkan dengan insiden-insiden penipuan, namun, kita semua maklum bahawa rakyat Malaysia umumnya kaya dengan sifat bermurah hati dan saling bantu-membantu.

Malangnya, dengan sifat murni yang dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia ini, kita sering kali telah dijadikan sasaran utama bagi penipu yang mahu mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang telah diberikan. Misi mereka lazimnya hampir serupa, dimulakan dengan berbual kosong meminta bantuan, kemudian meminta wang.

Baru-baru ini, berlaku satu insiden yang melibatkan ‘pelancong’ dari China yang kononnya ingin bertanya tentang restoran di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, yang kemudiannya meminta wang untuk membeli makanan.

Kredit: Lau Chee Kin/Facebook

Insiden ini telah diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Lau Chee Kin, yang melalui insiden ini sendiri dan mahu mengingatkan semua rakyat Malaysia tentang sindiket penipuan ini.

Lau berkongsi pengalamannya selepas didekati oleh dua orang gadis yang mendakwa bahawa mereka adalah pelancong dari China dan memerlukan bantuan arah untuk ke restoran.

Pada mulanya, gadis itu bertanya sama ada Lau boleh berbahasa Cina kerana mereka mahu mencari restoran untuk makan. Setelah berbual seketika, salah seorang daripada gadis itu mula bertanya,

“Boleh kamu bantu saya? Kami tidak mempunyai wang untuk makanan.”

Mendengar sahaja ayat ini, Lau mula sedar bahawa dua orang gadis ini sebenarnya adalah penipu yang hanya mahukan wang. Hal ini telah mendorong Lau untuk memerhatikan setiap gerak geri mereka menjalankan penipuan di pusat beli-belah itu.

Tambahan pula, pada hemat Lau, bagaimana pula gadis-gadis itu tidak mempunyai wang apabila di tangan mereka jelas sekali membimbit beg beli-belah dari butik H & M?

Selepas mengikuti mereka seketika, malang sekali apabila Lau kehilangan jejak gadis-gadis itu dan mereka hilang dari pandangan Lau. Tetapi selepas makan malam, Lau secara kebetulan bertemu semula dengan mereka sekali lagi, tetapi kali ini, mereka telah berubah pakaian dan gaya sepenuhnya. Katanya,

“Ketika saya berjalan keluar, gadis yang sama mendekati saya lagi. Kali ini, mereka berubah fesyen… memakai kaca mata dan mengikat rambut pula.”

Kredit: Lau Chee Kin/Facebook

Oleh itu, Lau segera mengambil gambar penampilan baru mereka dan menunjukkan kepada pengawal keselamatan pusat beli-belah itu untuk mereka menjejaki suspek ini.

Seterusnya, tidak lama kemudian, Lau didatangi pula oleh pasangan lain yang bertanya soalan yang sama seperti gadis-gadis yang sebelum ini.

Kali ini Lau segera mengeluarkan telefonnya untuk mengambil gambar mereka. Tetapi, seperti yang lazim dilakukan oleh penipu, mereka mula menyembunyikan wajah mereka.

Suspek baharu ini cuba melarikan diri tetapi Lau enggan berputus asa. Dia mengekori mereka sambil meminta orang ramai untuk membantunya. Tetapi malang buatnya apabila semua pekerja kedai dan orang awam yang menyaksikan insiden itu kelihatan keliru dan enggan membantu.

Syukurlah, apabila tiba berhampiran pintu keluar, penipu yang diekori oleh Lau tadi berjaya dihentikan setelah mereka bertembung dengan dua orang gadis yang telah berjaya ditangkap oleh pasukan pengawal keselamatan pusat beli-belah itu.

Kesemua empat orang penipu itu dibawa ke balai polis terdekat.

Kredit: Lau Chee Kin/Facebook

Berikutan dengan insiden ini, Lau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan penipuan yang berlaku, berikan bantuan yang diperlukan apabila seseorang meminta bantuan, tindakan membuat laporan kepada pihak polis sahaja tidak mencukupi, kadang-kala kita juga perlu membantu memudahkan segala urusan dan paling penting sekali, jangan mudah terperdaya dengan penipuan dan sewenang-wenangnya memberi wang kepada orang yang tidak dikenali.

Menurut Lau juga, anggota polis ada memberitahunya bahawa sebelum ini terdapat juga kes serupa yang melibatkan rakyat Indonesia dan Filipina. Oleh itu, sentiasa berhati-hati ketika anda berada di mana-manapun kerana kami tidak mahu anda menjadi mangsa seterusnya!

Sumber: World of Buzz / Facebook – Lau Chee Kin

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds