Artis seni Jepun, Haruki atau nama akaun Twitternya @02ESyRaez4VhR2l, baru-baru ini mendapat perhatian netizen seluruh dunia apabila dia memuat naik gambar karya seninya di laman media sosial.

Apakah jenis bakatnya yang luar biasa itu sehingga mampu menjadi tular? Haruki rupa-rupanya mahir mengubah bungkusan makanan ringan dan keperluan asas dari Jepun yang tidak lagi dipakai menjadi arca yang kelihatan sangat realistik dan luar biasa!

Karya seninya mempunyai nama khas dalam bahasa Jepun yang dipanggil “Kirie” atau “Kirigami”, iaitu seni memotong kertas. Kirie lebih banyak dikaitkan dengan seni Jepun tradisional, tetapi Haruki menyesuaikannya dengan gaya peribadinya yang lebih pop.

Mari saksikan 11 karya seni Haruki yang sememangnya mampu membuatkan kita ternganga dan mungkin tidak percaya. Bakatnya sememangnya sangat unik dan lain dari yang lain!

Untuk maklumat lanjut, layari laman twitternya di sini.

1. Arca berbentuk manusia yang dihasilkan daripada tin kerepek kentang

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

2. Kotak coklat yang digubah menjadi arca gadis

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

3. Kotak makanan ringan yang digubah menjadi arca istana terapung

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

4. Kotak coklat yang dihasilkan menjadi arca kapal yang sangat megah

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

5. Kotak susu kopi yang digubah menjadi arca berbentuk kereta api yang lengkap dengan landasannya!

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

6. Kotak tisu yang dijadikan patung berbentuk singa laut

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

7. Kotak coklat yang digubah menjadi arca bangunan gereja

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

8. Kotak biskut yang dijadikan bentuk jet pejuang!

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

9. Kotak coklat badam yang digubah menjadi arca tentera berkuda

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

10. Kotak coklat yang digubah menjadi sebuah kereta antik

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

11. Robot futuristik yang dihasilkan dari kotak coklat

Kredit: @02ESyRaez4VhR2l/Twitter

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds