Kumpulan koir yang bertanggungjawab membuat persembahan bagi memeriahkan majlis perkahwinan diraja pasangan Duke dan Duchess of Sussex awal tahun ini, membuat kejutan kepada para penumpang di dalam pesawat British Airways (BA).

Kredit: British Airways/PA

Kumpulan tersebut membuat persembahan muzik berentak klasik bertajuk Stand By Me semasa berada di dalam sebuah pesawat BA yang sedang dalam perjalanan ke Australia pada awal minggu ini. Pengurus Perhubungan Awam BA, Emily Coen berkata, “Para penumpang sangat terhibur dengan kejutan persembahan berkenaan dan ia amat menggembirakan mereka yang letih ekoran perjalanan yang panjang.”

Ahli kumpulan koir tersebut pula pada mulanya menyamar sebagai penumpang sebelum seorang demi seorang bangun pada penghujung perjalanan bagi menghiburkan penumpang yang lain. Sudah tentu persembahan mereka memberikan keterujaan buat penumpang yang turut mengeluarkan telefon bimbit bagi merakamkan persembahan itu. Malah ada juga yang turut bangun dan nyanyi bersama.

Persembahan mereka turut dimuat naik pada laman Instagram milik kumpulan koir itu, dengan kapsyen “Kami sungguh gembira kerana dapat menyanyikan lagu Stand By Me dan membuat kejutan ketika dalam pesawat ke @british_airways ke Australia.”

Ia menerima reaksi di laman Twitter. Ada pengguna yang bertanya, “Mengapa ia tidak terjadi kepada saya ketika menaiki pesawar? Saya cemburu. Ia sememangnya persembahan yang sangat indah.” Ada juga berkata, “Saya teringin berada di dalam pesawat itu.”

Kumpulan berkenaan mula mendapat perhatian global setelah membuat persembahan pada majlis penutup Invictus Games di Sydney pada petang Sabtu lalu yang turut dihadiri oleh Harry dan Meghan.

Tonton persembahan koir tersebut dalam video di bawah:

Kredit: British Airway/Youtube

Sumber: independent.ieBritish Airway/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds