KUANTAN – Satu perkara yang sangat unik berlaku di majlis pertunangan antara Tengku Nurul Atika Nabiha Tengku Rosnan dengan pasangannya Mohamad Ibtisam Syafiq Azmi di mana kucing dijadikan sebagai hantaran pertunangan mereka yang berlangsung pada 25 Disember lalu di Taman Indra Sempurna.

Apa yang menarik perhatian adalah, ‘barang’ hantaran istimewa itu seperti memahami tugasannya yang perlu berkelakuan baik dan memberi kerjasama untuk kekal di atas dulang hantaran daripada awal hinggalah majlis tamat.

 

Kredit: New Straits Times

Menurut Atika, sebelum ini pada bulan Oktober lalu, kucing kesayangannya yang diberi nama Oyen telah mati, membuatkan tunangnya berhasrat untuk menghadiahkannya kucing bagi menggantikannya. Dia kemudian menunggu juga bila saatnya si lelaki akan menghadiahkan kucing buatnya, dan dia tidak menyangka bahawa kucing itu akan diberikan sebagai salah satu daripada hantaran pertunangan mereka.

Dia ternyata terkejut kerana semasa majlis sedang berlangsung daripada mula hingga akhir, kucing berkenaan tidak berganjak langsung daripada dulang hantaran. Para tetamu pula agak pelik dengan sikap kucing tersebut. Kucing yang dihadiahkan itu diberi nama Mimi kerana Mimi merupakan kucing betina kacukan baka Parsi dan British Short Hair.

Kredit: New Straits Times

Mimi sudah lengkap disuntik dengan vaksin agar tidak mati seperti Oyen yang tidak divaksin dan mati akibat jangkitan penyakit. Atika merupakan seorang pencinta kucing dan kehilangan Oyen sangat memberi kesan buatnya sehingga tunangnya bersimpati. Menurutnya, hantaran itu sangat bermakna untuknya kerana ia membuktikan keprihatinan Ibtisam yang bakal menjadi suaminya kelak.

Bagi keluarga Atika pula, mereka pada mulanya agak terkejut dengan hantaran kucing itu namun menerima dengan hati yang terbuka kerana sudah faham benar sifat penyayang Atika terhadap haiwan. Fatimah Mamat, iaitu nenek Atika sempat berkata bahawa sepanjang hidupnya, dia tidak pernah melihat kucing dijadikan sebagai hantaran.

Sumber: Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds