Setiap kanak-kanak memiliki cita-cita untuk menjadi seorang doktor, angkasawan, anggota polis, peguam dan sebagainya.

Tetapi, sebagai ibu bapa, apa yang akan anda lakukan sekiranya anak-anak memberitahu bahawa mereka menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang pekerja penghantar makanan apabila meningkat dewasa kelak?

Kredit: The Star

Pada 27 Disember yang lalu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @ahsmsafiyybr telah mengongsikan satu pengalaman yang cukup membuatkannya terkilan selama dia bekerja sebagai penghantar makanan untuk syarikat Foodpanda.

Kredit: @ahmsafiyybr | Twitter

Ketika berada di dalam lif dan sedang dalam perjalanan untuk menghantar makanan kepada pelanggan di pusat beli-belah Causeway Point, Singapura, dia telah mendengar perbualan antara seorang kanak-kanak bersama ibunya.

Kanak-kanak: Ibu, boleh saya bekerja seperti dia apabila saya dewasa nanti? (tanya kanak-kanak itu sambil menunjuk ke arah baju Foodpanda yang dipakai oleh @ahsmsafiyybr)

Ibu : Tidak, awak tidak boleh bekerja seperti itu. Pekerjaan ini hanya untuk mereka yang tidak belajar bersungguh-sungguh dan mereka yang baru keluar penjara

Dia bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap komen pedas yang dilontarkan oleh wanita terbabit. Malah, dia memberitahu menerusi Twitter bahawa dia bukanlah tergolong di dalam kategori individu seperti yang diperkatakan oleh wanita terbabit.

Menurutnya, dia merupakan seorang pelajar di sebuah politeknik tempatan yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan untuk membiayai perbelanjaan hariannya.

Kredit: RojakDaily

“Saya tidak mahu bergantung kepada ibu bapa kerana saya ingin belajar berdikari dan terdapat masalah kewangan di rumah. Malah, kebanyakan daripada kami (pekerja Foodpanda) masih belajar dan ini hanyalah pekerjaan sambilan.”.

Dia turut mengongsikan detik perit lain sepanjang dia menjalankan tugas menghantar makanan kepada pelanggan.

“Ketika hujan pelanggan akan marah kerana tempahan makanan lambat tiba. Kenapa awak tidak cuba menunggang ketika hujan dan beritahu saya betapa bahayanya menunggang dalam keadaan hujan pada ketika itu?”.

“Ada pelanggan sangka kami memandu kereta atau menunggang motosikal di bawah tanah dan merungut mengenai beg kertas yang basah, bukan makanan. Mereka mengugut untuk mengadu kepada pengurus kami”.

Bagi mengakhiri luahan hatinya di Twitter, netizen ini telah meninggalkan sedikit nasihat khusus kepada wanita sombong yang menghina pekerjaannya itu.

Kredit: Vulcan Post

“Berbalik kepada kisah di lif itu, kenapa awak perlu menjadi sangat bongkak dan mengatakan perkara sebegitu serta menganggap semua penunggang adalah sampah masyarakat. Rupanya orang-orang macam kau  penyakit dalam masyarakat sekarang. Hanya kerana kau seorang suri rumah atau ada pekerjaan yang stabil berbanding saya…”

“Ia tidak memberikan awak hak untuk beranggapan kami adalah sampah masyarakat yang malas sedangkan kami lah yang membuatkan kehidupan pemalas awak menjadi lebih senang..”

Tambahnya lagi, “.. dengan menghantar makanan anda terutamanya apabila anda boleh sahaja berjalan dan membeli sendiri. Tolong hargai. Jangan pandang rendah pada orang lain seperti itu”.

Sumber: Mothership@ahsmsafiyybr

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds