Pulau Mindanao, selatan Filipina dilaporkan mengalami gempa bumi dengan kekuatan 6.9 mangnitud pada hari Sabtu (29 Disember).

Berkemungkinan akan berlaku tsunami kecil di sepanjang pantai berdekatan dan di Indonesia dan Palau, memetik laporan dariada Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Kredit: Astro Awani

Tiada laporan kecederaan atau kerosakan yang disebabkan oleh gegaran gempa bumi ini. Menurut Suruhanjaya Geologi A.S. (USGS), gegaran ini melanda 193 km (120 batu) di timur kota Filipina, General Santos, dengan kedalaman 60 km (37 batu).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pada mulanya mengatakan bahawa kemungkinan berlakunya “gelombang tsunami berbahaya” dalam lingkungan 300 km (186 batu) pusat gempa di sepanjang pantai Indonesia dan Filipina.

Kemudian, laporan dari pusat yang sama berkata: “Gelombang tsunami dijangka kurang dari 0.3 meter di atas paras pasang surut bagi pantai Indonesia, Palau dan Filipina.”

USGS pada mulanya mengatakan magnitud gempa adalah pada 7.2 tetapi kemudian diturunkan kepada 6.9 sahaja.

Penduduk Filipina selatan berkata gempa bumi itu berlangsung selama sejam dan terdapat penduduk yang keluar dari rumah mereka tetapi tiada kerosakan besar yang berlaku.

Kredit: SeongJoon Cho / Bloomberg / Getty Images

“Kami telah memaklumkan kepada penduduk berkenaan kemungkinan berlakunya tsunami,” kata Clinton Polancos, pegawai di daerah selatan Gubernador Generoso kepada Reuters. Beliau juga mengesahkan bahawa tiada kerosakan yang berlaku dan semuanya dalam keadaan yang terkawal.

Di samping itu, media Indonesia juga mengesahkan bahawa tiada laporan kerosakan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Alui Bahari, gempa tersebut tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, lapor Astro Awani.

Sumber: CNBC

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds