Bagi negara yang mempunyai empat musim, cuti musim sejuk adalah masa yang ditunggu-tunggu kerana kebanyakan daripada mereka akan menggunakan masa yang ada untuk dihabiskan bersama keluarga yang tercinta.

Malangnya, tidak semua orang bernasib baik – beribu-ribu orang bekerja semasa Hari Krismas dan tidak dapat menghabiskan masa dengan mereka yang tersayang. Salah seorang daripada orang yang tidak bernasib baik ini adalah Pierce Vaughan – seorang pramugari untuk Delta Airlines, yang terpaksa memperuntukkan Hari Krismas dan ambang Hari Krismas di udara pada tahun ini.

Kredit: Pierce T. Vaughan/Facebook

Walau bagaimanapun, ayahnya yang penyayang menemui cara untuk menghabiskan cuti dengan anak perempuannya yang sedang bekerja. Beliau telah menempah enam penerbangan secara keseluruhan, merentas seluruh A.S., hanya untuk meluangkan sedikit masa bersama anak perempuan kesayangannya. Manisnya!

Kisah yang menyentuh hati ini dikongsi oleh salah seorang penumpang, Mike Levy yang ditakdirkan ditemukan dengan si bapa yang penyayang itu – Hal Vaugen, dan memberitahu Bored Panda: “Saya sangat terkejut melihat perkongsian itu menjadi tular. Saya sangat gembira dapat berkongsi cerita seperti ini.” Dia juga menambah bahawa “Hal telah mengalami kemalangan pada awal tahun ini. Lehernya cedera. Dia perlahan-lahan mula sembuh dan ini adalah perjalanan pertama yang telah diambil sejak dia pulih. Dia masih bergerak dengan sedikit perlahan, tetapi lebih kuat setiap hari dari apa yang dia beritahu saya.”

Kredit: Mike Levy/Facebook

Mike Levy juga ada mengambil swafoto bersama Hal dan juga mengambil gambar anak perempuan Hal, Hal Pierce. Dalam kirimannya dia menulis: ‘Hal memutuskan dia akan menghabiskan cuti dengan anaknya. Jadi, dia terbang pada setiap penerbangan anaknya pada hari ini dan esok di seluruh negara untuk menghabiskan masa dengan anak perempuannya untuk Krismas. Bapa yang hebat! Selamat menyambut Hari Krismas kepada anda berdua!’

Kiriman yang manis itu telah dikongsi lebih daripada 28,000 kali. Selasa yang lalu, Pierce berkongsi kiriman Mike Levy dengan komentar: ‘Lihat ma kami berjaya Kimberly Hal Vaughan. Perjalanan pertama ayah menggunakan faedahnya adalah satu kejayaan!’

Kredit: Pierce T. Vaughan/Facebook

‘Terima kasih kepada semua petugas pintu di seluruh negara yang sabar dan hebat dan krew saya yang sempurna. Bapa saya berjaya mengharungi setiap penerbangan dan bahkan mendapat RSW-DTW kelas pertama (keajaiban Krismas). Terima kasih kepada Mike Levy kerana menjadi penumpang kelas pertama yang hebat & membantu kami memahami betapa hebatnya perkara ini sebenarnya!’

Kisah yang sangat menyentuh hati. Semoga keluarga ini sentiasa diberi keberkatan dan bahagia selalu!

Sumber: Bored Panda, Mike Levy/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds