Adalah penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya mereka membesar menjadi manusia yang bermoral dan memberi manfaat kepada mereka sendiri, keluarga, negara, dan sesiapa sahaja yang mereka temui dalam perjalanan mereka dalam kehidupan.

Berikut adalah senarai ringkas lima kisah klasik yang hebat, dan masing-masing mempunyai nilai moral yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak untuk pembelajaran.

1. Pengembaraan Pinocchio

Kredit: Amazon

Adakah anda ingat kisah ini? Pengembaraan Pinocchio, yang ditulis oleh pengarang Itali, Carlo Collodi, mengisahkan seorang budak lelaki kayu yang apabila dia berbohong, menyebabkan hidungnya semakin panjang.

Novel kanak-kanak popular ini dijadikan filem Disney, dan menggambarkan kehidupan ciptaan Geppetto, yang mempunyai impian untuk menjadi seorang budak lelaki yang sebenar.

Moral kisah ini- untuk menjadi orang yang berfaedah dan bermoral – Pinocchio akhirnya menjadi seorang yang jujur, baik, rajin, dan belajar dengan tekun agar dapat berubah menjadi seorang budak lelaki yang sebenar.

2. Semut dan belalang

Kredit: Amazon

Ini adalah kisah dongeng oleh Aesop, tukang cerita Yunani kuno. Kisah ini menonjolkan perbezaan antara koloni semut rajin yang mengumpul bekalan makanan sebagai persediaan untuk musim sejuk yang akan datang dan belalang yang suka menyanyi dan selalu leka dengan kehidupannya, suka bersenang-senang, dan tidak peduli bahawa makanan akan sukar untuk didapati apabila musim sejuk tiba.

“Kenapa tidak datang dan bernyanyi dengan saya,” belalang mengusik semut, “daripada bekerja keras?”

“Kami mahu menyimpan bekalan makanan untuk musim sejuk,” balas seekor semut, “anda harus melakukan perkara yang sama.”

“Musim sejuk lambat lagi untuk tiba dan ia adalah hari yang sesuai untuk bermain,” belalang yang suka bermain menyanyi.

Apabila musim sejuk akhirnya tiba, belalang tidak begitu berseronok lagi. Kerana tidak membuat persediaan untuk musim sejuk, dan kerana itu tiada makanan yang tersedia kerana lapisan tebal salji yang meliputi persekitaran, belalang tersebut yang dalam kelaparan akhirnya merayu kepada semut untuk makanan.

Kisah ini membantu kanak-kanak belajar tentang pentingnya bekerja keras untuk bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga, serta keperluan untuk merancang masa depan, selain tidak meluangkan masa untuk memanjakan diri.

3. The Little Mermaid

Kredit: Amazon

The Little Mermaid ditulis oleh penulis Denmark, Hans Christian Andersen, dan menceritakan kehidupan puteri duyung remaja yang jatuh cinta dengan seorang putera manusia. Apabila dia mengetahui bahawa jangka hayat manusia lebih pendek daripada puteri duyung, yang boleh hidup selama 300 tahun, dan manusia mempunyai jiwa yang hidup selama-lamanya serta dapat masuk ke syurga jika memenuhi syarat-syarat yang mulia, dia berimpian untuk menjadi manusia.

Dia mencari seorang penyihir, yang mahu merealisasikan impiannya itu … tetapi mempunyai syarat-syaratnya.

Dalam perjalanan untuk mendapatkan cinta putera tersebut dan kehidupan abadi, puteri duyung tersebut mengalami banyak kesusahan.

Walaupun dia akhirnya menderita patah hati apabila putera tersebut jatuh cinta kepada gadis lain, puteri duyung itu bertemu dengan pengakhiran yang optimis akibat ketidakberdayaannya dan banyak pengorbanan ditempuhinya dalam mengejar keabadian.

Kisah ini mengajarkan kanak-kanak untuk menghayati nilai moral, menghargai sebagai manusia, dan menjaga kebajikan untuk masa depan yang cerah.

4. Arnab dan kura-kura

Kredit: Amazon

Kisah klasik yang sangat popular dalam kalangan kita. Satu lagi dongeng oleh Aesop, arnab yang sombong terus mengejek kura-kura yang bergerak perlahan dan dicabar oleh kura-kura untuk perlumbaan. Arnab menganggap perlumbaan tersebut sebagai jenaka, arnab menerima cabaran itu tetapi mengalami kekalahan yang memalukan setelah tidur di pertengahan perlumbaan. Kura-kura yang terus bergerak perlahan-lahan, tidak pernah berhenti sejenak untuk berehat seketika, menjadikannya sebagai pemenang.

Moral cerita ini menjelaskan kepada kanak-kanak supaya jangan terlalu berbangga dengan diri sendiri, dan langkah-langkah perlahan yang berterusan ‘akan memenangi perlumbaan’.

5. Kisah si pengembala biri-biri yang suka menipu

Kredit:Amazon

Satu lagi kisah dongeng klasik popular oleh Aesop. Mengisahkan seorang budak gembala yang suka bermain-main dan suka menipu penduduk kampung. Dia memberitahu orang kampung bahawa biri-birinya diserang dan dimakan oleh serigala. Setiap kali, penduduk kampung bergegas untuk menolongnya, mereka kecewa apabila mengetahui dia hanya berbohong. Dia melakukan perkara yang sama berulang kali.

Akhirnya penduduk kampung tidak mempercayainya lagi setelah ditipu berulang kali, dan apabila serigala benar-benar datang menyerang biri-birinya, budak itu merayu meminta tolong penduduk kampung tetapi penduduk kampung tetap tidak mempercayainya. Dalam sesetengah penyesuaian cerita, budak itu turut dimakan oleh serigala.

Sekali lagi, ini adalah satu lagi kisah pendek yang menekankan pentingnya menjadi manusia yang jujur.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds