Penyakit kuning atau jaundis merupakan penyakit yang kerap kali berlaku pada bayi yang baru lahir dan setiap kali sampel darah diambil, pasti para ibu bapa tidak sampai hati dan kasihan melihat bayi mereka yang masih lagi kecil terpaksa dicucuk, bukan? Jika kerap diambil sampel darah, kita akan lihat terdapat bekas lebam di kaki dan tangan. Alangkah bagusnya jika kesakitan bayi boleh dipindahkan ke kita.

Oleh yang demikian, seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Nadiah Rozlan baru-baru ini berjaya mencipta satu alat yang diberi nama Bilitec (singkatan Bilirubin Detector), yang direka bagu mengesan tahap bilirubin tanpa menggunakan sampel darah. Berikut merupakan 5 info berkaitan alat tersebut :

#1 TEKNOLOGI IMBASAN

Kredit: gspkdesign.ltd.uk

Tidak seperti cara konvensional yang menggunakan sampel darah untuk mengesan tahap bilirubin, Bilitec sebaliknya menggunakan teknologi ‘spectrophotometer’ imbasan dilakukan pada kulit atau mata bayi.

#2 KOMPAK, RINGAN & MUDAH DIKENDALIKAN

Kredit: Noor Azreen Awang via www.upm.edu.my

Bilitec dilengkapi dengan reka bentuk yang kompak, ringan, mudah dipegang selain beroperasi melalui sentuhan pada skrin. Ia juga sangat mesra pengguna.

#3 MOBILE APP

Kredit: Noor Azreen Awang via www.upm.edu.my

Bilitec juga turut dilengkapi dengan aplikasi yang berupaya membantu pengguna merekodkan tahap bacaan bilirubin terus ke ruang penyimpanan secara automatik. Ia sangat memudahkan pengguna untuk merujuk dengan pantas dan tepat.

#4 PANTAS

Keputusan bagi mendapatkan bacaan bilirubin hanya memakan masa selama beberapa saat sahaja. Pantas bukan?

#5 BANYAK MERANGKUL ANUGERAH

Bilitec kini dalam proses penambahbaikan dan sedang dibangunkan lagi. Namun, setakat ini ia berjaya meraih anugerah Best Internet of Things (IOT) di pameran Sustainable Environmental Exploration Design (SEED) 2018 anjuran UPM bersama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) yang bertemakan ‘Industrial Revolution 4.0’ pada. tahun ini, dan ia terpilih menyertai pameran Sustainable Tropical Environmental Design Exhibition (STEdex) 2018 di Galeri Serdang, UPM.

Diharapkan agar produk sebagus ini dapat digunakan di klinik-klinik kesihatan seluruh negara agar bayi baru lahir tidak lagi perlu dicucuk untuk mendapatkan sampel darah.

Sumber : Universiti Putra Malaysia

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds