Pada Ahad (23 Disember) lalu, seorang pengguna Twitter bernama Firdaus berkongsi gambar dia dan 8 orang rakan lelaki Melayu menjadi pengiring pengantin lelaki pada hari perkahwinan rakan mereka yang berbangsa India.

Kredit: Twitter | Firdaus

Menurut Firdaus kepada WORLD OF BUZZ, mereka telah menjadi kawan baik sekurang-kurangnya 5 tahun ketika mereka bersama-sama belajar di Cyberjaya University College of Medical Science.

Keakraban hubungan mereka bukan hanya sebagai rakan sekelas dan juga ahli kumpulan belajar malah pengantin lelaki, Shathes pada dasarnya dibesarkan dalam kalangan orang Melayu kerana dia juga menuntut di MRSM, Muar di Johor dahulu.

Shathes berkahwinan pada hari Rabu (12 Disember) dan majlis resepsi itu diadakan pada Sabtu lalu (22 Disember) di Kluang. Ketika majlis itulah pengiring lelaki memainkan peranan mereka.

Semasa majlis tersebut berjalan, pengacara majlis membuat pengumuman dan melaungkan kepada pengiring pengantin lelaki yang terdiri dari orang Melayu yang menyebabkan tetamu perkahwinan yang terdiri dari orang India, Cina dan Melayu bersorak dan mengalu-alukan kedatangan mereka.

“Dia (Shathes) adalah seorang lelaki yang baik. Dia berkawan dengan begitu ramai orang tanpa mengira kaum dan agama, sebab itulah perkahwinan India ini dihadiri oleh orang lain dari kaum yang berlainan,” kata Firdaus.

“Apabila pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dewan, kami selaku pengiring pengantin lelaki menari tarian yang kami cipta hanya beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Saya rasa seperti saya dalam filem Bollywood,” ujar Firdaus lagi.

Kredit: Twitter | Firdaus

Kata Firdaus lagi, mereka menyangka apa yang mereka perlu lakukan hanyalah datang dengan memakai pakaian yang sedondon dan mengambil gambar bersama-sama.

Bagaimanapun, ternyata setiap orang mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Bermula sebagai DJ, pengurus acara, mengetuai tarian sehinggalah menjadi pengacara majlis perkahwinan tersebut.

Apabila ditanya mengenai pendapatnya tentang pengalaman pertama dia menghadiri majlis perkahwinan orang India, Firdaus berkata,

“Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana perkahwinan yang saya hadiri sebelum ini. Warna-warna di sekeliling, muzik yang anda dengar dan juga tarian. Jangan lupa tentang makanan! Mereka menghidangkan masakan India asli kepada kami dan yang paling penting, ia adalah halal. Betul! “

Nampaknya semua orang begitu gembira meraikan perkahwinan tersebut. Pasti kenangan tersebut tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila!

Ujar Firdaus lagi, keluarga Shathes cukup berterima kasih kepada mereka kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang menjayakan majlis tersebut.

Buat Shathes dan isterinya, Selamat Pengantin Baharu kami ucapkan!

Kredit: Twitter | Firdaus

Sumber: World Of Buzz , Twitter | Firdaus

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds