PUTRAJAYA – Skim Perlindungan Nasional B40 yang menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019. Perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima yang layak meliputi 36 penyakit kritikal termasuk AIDS, Alzheimer, buta, kanser dan penyakit jantung.

Menteri Kewangan. Lim Guan Eng berkata menerusi skim ini dengan dana permulaan sebanyak RM2 bilion, golongan yang berkelayakan akan diberi bantuan bagi meringankan beban dan cabaran yang timbul berikutan menghidap penyakit kritikal dan menjalani rawatan di hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah.

Kredit : The Star

Menurut Lim Guan Eng dalam kenyataan media, skim akan menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal dan mereka akan mendapat bayaran sehingga had RM8,000 yang akan diagihkan dalam tempoh yang akan diumumkan kelak.

Skim ini juga akan memberi bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

Lim Guan Eng berkata, “Dengan saiz dana sebanyak RM2 bilion sebagai permulaan, skim ini dijangka akan menawarkan perlindungan perubatan selama lima tahun untuk kumpulan sasaran. Kerajaan menjangkakan sebanyak 4.1 juta isi rumah B40 yang terdiri daripada individu berusia antara 18 hingga 55 tahun akan mendapat manfaat di bawah skim ini.

Kredit : Root of Science / Gambar Hiasan

Perlindungan di bawah skim akan bermula pada 1 Januari 2019 manakala pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan beroperasi mulai 1 Mac 2019. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan untuk pengesahan kelayakan. Semua penerima yang layak di bawah skim ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

Maklumat lanjut mengenai mekanisme dan perlaksanaan skim akan dihuraikan apabila ia akan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun hadapan.

Lim Guan Eng menambah, skim berkenaan diperkenalkan sebagai satu langkah penting yang diambil oleh kerajaan untuk menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan insurans dan takaful kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah secara percuma.

Kredit : Info Pelajar / Gambar Hiasan

Senarai 36 Penyakit Kritikal yang dilindungi di bawah Skim Perlindungan Nasional B40 adalah seperti berikut : 

1. Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih.

2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan lain untuk penyakit Arteri Koronori Utama.

3. Meningitis Bakteria.

4. Tumor Otak Benigna.

5. Buta atau hilang penglihatan sepenuhnya.

6. Pembedahan otak.

7. Kanser.

8. Kardiomiopati teruk.

9. Anemia Aplasia Kronik.

10. Koma.

11. Pembedahan pintasan bagi penyakit Arteri Koronari.

12. Kepekakan atau hilang pendengaran menyeluruh dan tidak boleh pulih.

13. Ensefalitis.

14. Kegagalan hati tahap akhir.

15. Penyakit paru-paru.

16. AIDS peringkat teruk.

17. Hepatitis Virus Fulminan.

18. Serangan jantung.

19. Pembedahan injap jantung.

20. HIV akibat transfusi darah.

21. Kegagalan buah pinggang- Dialisis atau pemindahan buah pinggang.

22. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari).

23. Hilang pertuturan.

24. Trauma kepala utama.

25. Pemindahan organ utama/sum.

26. Penyakit Neuron Motor.

27. Sklerosis Berbilang.

28. Distrofi Otot.

29. Kelumpuhan atau Paraplegia.

30. Penyakit Parkinson.

31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer.

32. Penyakit Arteri Koronori lain yang serius.

33. Strok.

34. Pembedahan Aorta.

35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)

36. Pelecuran Tahap Ketiga.

Sumber : BERNAMA, Oriental Daily , Berita HarianThe Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds