Masihkah anda ingat detik-detik waktu persekolahan dulu di mana setiap pelajar mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan bersiap ke sekolah?

Tetapi lihatlah ketabahan yang ditonjolkan oleh pelajar bernama Xie Xugang ini yang bukan sahaja bersiap awal untuk ke sekolah tetapi turut mengendong rakannya, Zhang Chi setiap hari!

Xie dan Zhang berkawan baik sejak mereka belajar di sekolah asrama sama yang terletak di Xuzhou, Jiangsu. Bagaimanapun tiga tahun lalu, Zhang mula menghidap penyakit kehilangan otot yang menyebabkannya mengalami kesukaran untuk bergerak…

Keadaan ini membuatkan Zhang berasa bimbang dengan pelajarannya. Adakah dia mampu menghabiskan persekolahan dengan masalah yang dilaluinya itu. Justeru, sebagai rakan baik, Xie tampil menghulurkan bantuan untuk menjaga Zhang.

Setiap pagi, Xie akan membantu Zhang untuk bersiap ke sekolah. Xie membantu mencuci muka rakannya yang sakit itu, membelikannya makanan dan mendukung Zhang di belakangnya setiap hari.

Xie yang seberat 75 kg akan membawa rakannya yang seberat 45 kg ke sekeliling sekolah tanpa meluahkan rasa mengeluh dan sebagainya. Lebih mengagumkan lagi, kelas mereka terletak di tingkat tiga menyebabkan Xie perlu turun naik tangga berkali-kali sambil mengendong rakannya itu…

Setelah tamat persekolahan, Xie mengambil keputusan untuk menyertai temu bual kemahiran teknologi tinggi di Institut Teknologi Kimia Nanjing manakala Zhang pula akan mengambil peperiksaan kemasukan kolej.

Keputusan ini membuatkan kedua-duanya terpaksa berpisah namun mereka menegaskan bahawa nilai persahabatan mereka tidak akan pernah berubah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds