Di India, ratusan pengantin perempuan tidak berbapa telah mengikat tali perkahwinan dengan jejaka pilihan masing-masing dalam satu majlis yang diadakan secara besar-besaran oleh seorang pedagang berlian.

Mahesh Savani (tengah) yang telah menganjurkan perkahwinan besar-besaran sejak 2010

Menurut Daily Mail, hartawan berlian yang kaya-raya bernama Mahesh Savani itu telah mengahwinkan lebih daripada 3,000 wanita sejak lapan tahun yang lalu!

Pengantin perempuan yang kelihatan gembira pada majlis perkahwinan yang diadakan pada 23 Disember lalu

Beliau yang percaya bersedekah kepada pengantin adalah satu keberkatan daripada Tuhan telah menghulurkan sumbangan dana serta menganjurkan majlis perkahwinan besar-besaran untuk para wanita yang tiada bapa di Surat sejak tahun 2010 lagi.

Bagi majlis tahun ini, beliau telah membantu seramai 261 orang pengantin wanita termasuklah enam beragama Islam dan tiga pasangan Kristian dan majlis berkenaan direstui oleh Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani.

Daripada 261 pengantin, 118 daripada tidak mempunyai adik-beradik lelaki dan 54 lagi adalah anak yatim.

Memetik kenyataan Mahesh, beliau menyatakan tujuannya membantu para wanita ini adalah disebabkan oleh ‘rasa tanggungjawab sosial’ terhadap kaum wanita yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan majlis perkahwinan mereka.

Hal ini demikian kerana sudah menjadi tradisi masyarakat India di mana keluarga pengantin perempuan dikehendaki membayar sejumlah hantaran berbentuk wang tunai dan hadiah yang lumayan kepada pihak pengantin lelaki.

Pasangan pengantin melakukan upacara tradisi masyarakat Hindu iaitu Kanyadaan

Justeru, jika bapa pengantin perempuan telah meninggal dunia atau tidak berharta, maka peluang untuk seseorang wanita itu berkahwin sangatlah tipis!

Mahesh dilaporkan memulakan kempen sumbangan ini pada tahun 2008 apabila seorang saudara jauhnya meninggal dunia sekali gus menyebabkan dia mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan majlis perkahwinan anak perempuan kepada lelaki berkenaan.

Sehingga kini, Mahesh telah membantu menyumbang kepada 3,172 perkahwinan! Meriahnya bagi sambutan perkahwinan tahun ini, setiap pasangan pengantin baru turut diberikan barangan kelengkapan rumah beserta insurans bernilai RM118,70 kepada setiap seorang.

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds