FLORIDA – Terdapat sekumpulan penari ‘flashmob’ menjalankan rutin tarian di sebuah pusat beli-belah sehingga mendapat perhatian orang ramai, malah turut menarik perhatian pihak berkuasa iaitu pegawai polis dari Aventura. Kumpulan tersebut bertitik tolak daripada Sean’s Dance Factory yang terletak di Miami bermatlamat untuk menghiburkan orang ramai dalam dua cara; sama ada di atas pentas dan secara jalanan.

Kumpulan berkenaan ditubuhkan pada tahun 2003 oleh penghibur merangkap koreografer, Sean Green. Sean berasakan bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat masa depan yang cerah. Oleh itu, penubuhan kelas tariannya membolehkan individu sejak kecil lagi membina potensi diri seperti mengasah bakat menari selain membantu mereka meningkatkan keyakinan diri.

Jika difikirkan, tarian sememangnya memberikan kepuasan pada diri selain mendidik diri agar lebih berdisiplin kerana setiap langkah tarian memerlukan fokus yang tinggi agar si penari dapat memberikan persembahan terbaik apabila tiba masanya. Selain daripada itu juga, dengan menari, kita dapat bersosial secara sihat dengan rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, kita dapat bergaul dan mesra bersama komuniti.

Kumpulan penari ini sangat teruja dengan persembahan mereka sehinggalah pihak polis muncul

Walaupun terdapat gangguan, namun kumpulan ini sangat berbakat! Nampak gayanya, pihak sekuriti di pusat beli-belah lokasi mereka menjalankan ‘flashmob’ ini seperti tidak akan menghukum mereka. Malah, ikut menari bersama!

Menerusi rakaman ini, kita dapat lihat terdapat 2 orang lelaki meminta kanak-kanak berkenaan untuk berhenti menari. Mungkin kita fikir keseronokan mereka untuk melakukan rutin tarian akan berakhir tetapi setelah 2 orang polis dari Aventura datang, mereka mula menari bersama kanak-kanak tersebut. Berikut merupakan rakaman video itu:

Kredit: gatti117/Youtube

Sumber: happiestgatti117/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds