KUALA LUMPUR – Berikutan rungutan yang menular di media sosial mengenai kenaikan harga di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan pemeriksaan terhadap cawangan restoran berkenaan khususnya di ibu negara.

Kredit: abc NEWS

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, beberapa pegawai dari KPDNHEP telah mula menjalankan pemeriksaan di semua restoran KFC bermula Khamis lalu (27 Disember).

Datuk Iskandar turut memberitahu bahawa selain KFC, pihaknya juga akan meninjau dan melakukan siasatan di restoran McDonald’s yang turut mengenakan kenaikan harga pada hidangannya.

Kredit: Iluminasi

“Ya, kita akan tengok juga harga makanan di McDonald’s. Sekarang ini yang menjadi isu adalah di KFC tetapi kita akan mula juga dapatkan maklumat mengenai harga makanan di McDonald’s.”

Hebahan dan rungutan pelanggan mengenai kenaikan harga sebahagian hidangan di KFC ini membuatkan syarikat makanan segera itu tampil membuat penjelasan.

Menurut laporan Utusan Online, pihak KFC telah melaksanakan beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya bagi memastikan KFC dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Justeru, bermula Disember 2018, harga makanan telah ditingkatkan dan ia termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus.

Kredit: KFC

“Untuk tujuan ini, kami berharap para pelanggan memahami menu kami telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza.”

Malah, pihak KFC turut menafikan dakwaan netizen dikenali sebagai Khalid Johar yang mendakwa berlaku kenaikan harga tiga pakej menu KFC iaitu set ayam Snack Plate daripada RM12.30 kepada RM15.30 manakala set Dinner Plate pula dari RM15.60 kepada RM19.60 dan set Super Jimat Box D yang sebelum ini berharga RM12.50 kepada RM15.50.

Sumber: Astro AWANI, Utusan Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds