Selaras dengan perkembangan arus teknologi dan penggunaan media sosial, kita sering kali dipaparkan dengan pelbagai perkara-perkara tular yang dilakukan oleh netizen seluruh dunia.

Sebelum ini, kita digemparkan dengan fenomena Keke Challenge dan juga budaya Tik Tok, kini muncul satu lagi fenomena baru disebut sebagai #tindanchallenge yang semakin berleluasa di Malaysia.

Kredit: Oh Bulan

Fenomena ini memerlukan sekitar empat individu untuk duduk di atas badan rakan-rakan dan mengambil gambar atau video mengenai posisi tersebut. Trend ini ternyata dikecam ramai kerana ianya mengakibatkan risiko kecederaan yang tinggi terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Hal ini demikian kerana tulang dan otot kanak-kanak masih berada dalam fasa tumbesaran dan perkembangan sekali gus menyebabkan ianya rapuh dan mudah cedera.

Apabila berada dalam kedudukan seperti itu, beban yang perlu ditampung oleh kanak-kanak pada bahagian tulang belakang dan tengkuk berisiko mengakibatkan mereka mendapat kecederaan tulang belakang dan juga saraf tunjang serta lumpuh seumur hidup!

Kredit: Public Health Malaysia

Menurut Public Health Malaysia, terdapat beberapa fakta penting yang perlu diketahui kecederaan tulang belakang kesan daripada fenomena #tindanchallenge ini…

  1. Kemalangan dan jatuh merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang dalam kalangan kanak-kanak
  2. 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang berlaku berlaku kepada golongan remaja dan juga kanak-kanak
  3. Kecacatan tulang bengkok (skoliosis) boleh meningkat sebanyak 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kecil
  4. Kanak-kanak lebih berisiko mengalami lumpuh jika mengalami kecederaan tulang belakang
  5. Komplikasi kecederaan tulang belakang yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja adalah lebih tinggi

Justeru, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada anak-anak, sebaiknya awasi tingkah laku anak-anak dan jangan sesekali membiarkan mereka melakukan #tindanchallenge yang berbahaya ini…

Sumber: Public Health Malaysia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds