Plastik adalah salah satu benda yang paling sukar untuk dilupuskan di muka bumi kita ini. Seorang jurutera Filipina menggunakan pengetahuannya untuk menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran sampah plastik, sangat mengagumkan!

Winchester Lemen adalah jurutera mekanikal dari Davao City, Filipina yang menjalankan Envirotech Waste Recycling dan telah menjalankan projek yang menakjubkan ini untuk mengurangkan sisa plastik dengan membuat menjadi kerusi sekolah yang comel dan warna warni.

Apa yang lebih mengagumkan ialah pada masa yang sama projek ini memberi manfaat kepada kanak-kanak di sekolah!

Kredit: Winder Recycling Company|Facebook

Sisa-sisa plastik yang terkumpul mula-mula dihancurkan, dibersihkan, dicairkan, kemudian dibentuk. Kerusi yang terhasil kemudian dicatkan supaya kelihatan menarik.

Kredit: Winder Recycling Company|Facebook

Lihatlah kerusi-kerusi yang comel ini!

Kredit: Winder Recycling Company|Facebook

Idea tersebut datang selepas seseorang melawat kilangnya dan bertanya sama ada dia boleh membuat sesuatu daripada bahan-bahan kitar semula yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak di sekolah.

Selepas itu Lemen mula mengumpul sisa plastik dari tapak pelupusan dan menjadikannya kerusi berwarna-warni untuk pelajar di sekolah.

Pada mulanya, Lemen hanya membuat satu kerusi sahaja sebagai contoh, kemudian pelawat tersebut berminat dan memesan 200 buah kerusi.

“Saya tidak tahu bahawa dia menunjukkan kerusi tersebut kepada Datuk Bandar, Quezon Herbert Bautista. Selepas itu, mereka mengumpul ‘Dana Hijau’ untuk projek ini, “kata Lemen kepada SmartParenting.

Lemen menggunakan pembalut gula-gula, penyedut minuman, bungkusan makanan, dan sisa plastik lain untuk membuat perabot yang cantik dan praktikal.

Kredit: Winder Recycling Company|Facebook

“Kerusi kami sangat kukuh. Bahan yang digunakan juga kalis api, mempunyai kandungan plumbum rendah dan bebas merkuri . “

Kredit: Winder Recycling Company|Facebook

“Kami menjimatkan pokok berusia tiga tahun, yang digunakan untuk membuat kerusi sekolah, untuk setiap kerusi plastik yang kami buat menggunakan sisa plastik kitar semula,” kata Lemen.

Kredit: Winder Recycling Company|Facebook

Pegawai kerajaan tempatan dan beberapa syarikat kini telah mula menghubungi Lemen supaya mereka dapat mengedarkan lebih banyak kerusi-kerusi mesra alam ini kepada sekolah-sekolah awam yang berbeza. Beliau kini bekerjasama dengan ahli perniagaan mesra alam, Derrick Tan untuk menubuhkan Syarikat Kitar Semula Winder.

Ciptaan yang bijak dan berguna!

Sumber: Elite Readers

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds