Bukan semua kanak-kanak suka mandi. Ada yang bukan sahaja malas mandi, tetapi takut air! Aktiviti mandi seolah-olah membuatkannya berasa tidak selesa. Ada sahaja alasan yang muncul dari mulut si kecil ketika diajak mandi.

Ia tidak menjadi masalah ketika mereka masih bayi. Namun, setelah makin membesar, perangai mula berubah. Ada yang seronok mandi, ada jugak yang menangis bagai diserang histeria disebabkan takut air dan sikap malas mandi dirinya sendiri.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Jadikan waktu mandi sebagai waktu yang paling menyenangkan buat anak kita. Kita boleh juga menyediakan peralatan mandian termasuk sabun dan berus gigi yang menarik dan disukainya.

Seperti yang dilakukan oleh seorang ibu ini, Hani Mynis yang berkongsikan bagaimana dia menghiaskan bilik air supaya kelihatan menarik. Ikuti perkongsiannya:

IDEA PENSTORAN BILIK AIR (CHILD-FRIENDLY)

Alang-alang setiap hari Selasa hani buat deep cleaning bilik air, hani kongsi idea penstoran yg ada dlm bilik air. Biasalah selalu berangan nak ada bilik air spa-like gitu, tapi memandangkan ni satu satunya bilik air kat rumah sewa ni, hani pastikan bilik air ni praktikal utk kitorg sekeluarga (terutamanya utk budak bertuah Aqil ). So deep cleaning bilik air hani merangkumi : 

1. Spray clorox dalam mangkuk tandas. Sementara buat kerja lain, clorox tengah menjalankan tugasnya dgn jayanya

2. Bersihkan lantai dan dinding dgn magic span

3. Spray cermin dengan pencuci cermin

4. Bersihkan dalam sinki dengan magic span

5. Rendam mainan aqil dgn dettol + air panas

6. Bersihkan rak sabun

7. Bersihkan mangkuk tandas

Dah siap. Total masa: tak smpi 20 minit (tak smpi setengah jam pun sbb hari2 masa mandi kita jirus gosok-gosok lap-lap sikit mana yang patut)

Sumber : Hani Mynis

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds