Bayi atau kanak-kanak memang suka meneroka pelbagai barang di rumah sebagai proses pembesaran mereka. Tetapi kita harus melindungi mereka daripada bahaya yang mungkin boleh menimpa mereka di rumah. Mereka belum dapat mengenal tentang bahaya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak kecil. Contohnya soket elektrik; soket elektrik yang terletak rendah dan boleh dicapai oleh anak kecil perlu dilindungi daripada anak kecil.

Seorang bapa dari Thailand berkongsikan cara mudah bagaimana untuk membuat pelindung soket elektrik supaya tidak terdedah kepada bayi atau kanak-kanak. Perkongsiannya telah menjadi tular dan menarik perhatian ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk mencuba membuatnya di rumah.

Lihat gambar-gambar di bawah untuk melihat bagaimana cara untuk membuatnya, cukup mudah untuk dilakukan:

Hanya dengan menggunakan bekas plastik 

Pilih saiz bekas plastik yang sesuai dengan saiz soket elektrik di rumah anda

Potong bahagian tengah penutup bekas plastik mengikut saiz soket elektrik rumah anda dan juga potong bahagian tepi

Gamkan penutup bekas plastik tersebut di soket

Siap! Kini soket elektrik rumah anda tidak terdedah kepada anak kecil

Soket elektrik adalah tempat yang bahaya untuk bayi dan kanak-kanak. Lindungi soket elektrik yang terletak rendah dan boleh dicapai oleh anak kecil di rumah anda supaya perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: ហ៊ុល សេដ្ឋា 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds