KUALA LUMPUR: Sejumlah 20 buah kereta dilaporkan tersadai di tepi Lebuhraya Besraya pada pagi Jumaat (28th December) selepas mengisi minyak di stesen minyak Petronas Solaris.

Kejadian tersebut tular di laman sosial apabila ramai netizen berkongsi gambar puluhan kenderaan yang rosak dan tersadai di pinggir jalan serta ada yang mendakwa bahawa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air.

Petronas Dagangan Berhad (PDB) dalam satu kenyataan berkata pihaknya kesal dan memohon maaf atas insiden tersebut dan telah menghubungi semua pemilik kenderaan yang terjejas. Petronas akan mengambil langkah seterusnya termasuk memberi pampasan yang setimpal kepada mangsa.

PDB berkata penilaian awal mendapati insiden itu berpunca daripada kesilapan dalam mengendalikan produk mereka yang hanya berlaku di stesen minyak tersebut.

“Susulan itu, Stesen Petronas Solaris Besraya kini ditutup buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan.

“Kami memberi jaminan bahawa Stesen Petronas lain tidak terjejas. Kami bertanggungjawab sepenuhnya berhubung insiden itu dan memohon maaf sekali lagi,” menurut kenyataan tersebut.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds