Anda pasti pernah melihat di kaca televisyen mahupun filem yang menunjukkan bagaimana pelakon mengalami kemalangan kereta dan terbabas ke dalam sungai lalu terperangkap di dalam kereta mereka.

Menurut pakar, kaedah terbaik dan cepat untuk menyelamatkan diri daripada kereta yang sedang tenggelam adalah dengan menanggalkan tali pinggang keselamatan, menurunkan cermin tingkap dan segera keluar daripada kenderaan anda.

Bagaimanapun, masa yang diambil untuk menenggelamkan kenderaan secara keseluruhan begitu singkat dan pintu juga mungkin tersekat dan tidak boleh dibuka.

Artikel ini akan mendedahkan kepada pembaca tentang 10 informasi penting ketika berlakunya kejadian kecemasan.

#1 Sotong kurita ini mempunyai racun yang mampu membunuh 26 orang dewasa sekali gus

Kredit: unknown / reddit

Meskipun kecil, sotong berbintik biru merupakan salah satu hidupan laut berbahaya yang boleh membawa maut! Racunnya dikatakan mampu membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit sahaja!

Sotong ini hanya akan menyerang sekiranya merasakan diri mereka terancam dan dalam tempoh lima ke 10 minit, mangsa akan mula merasakan simptom-simptom seperti kebas, kesukaran bernafas dan rasa terbakar pada kulit selain loya dan muntah.

Terdapat juga kes di mana individu yang disengat haiwan ini akan mengalami kesukaran untuk bergerak mahupun bercakap. Jadi, jika anda terlihat haiwan ini, segera jauhkan diri anda…

#2 Anda boleh meminta Siri untuk menghubungi ambulans

Kredit: Depositphotos.com

Pada tahun 2016, berlaku satu insiden di mana seorang ibu di Australia menyedari bayinya yang berusia setahun mula kelihatan lebam dan kebiruan. Ibu ini segera melakukan rawatan pernafasan mulut ke mulut (CPR) tetapi pada ketika itu, telefonnya telah terjatuh.

Dia kemudian segera menggunakan aplikasi Siri dan meminta Siri untuk menghubungi ambulans. Siri menghubungi paramedik dan ibu ini terus berkomunikasi dengan memberikan alamat.

Anggota paramedik tiba dan segera membantu menyelamatkan bayi ini. Ibu tersebut kemudiannya menulis surat kepada Apple kerana mencipta Siri yang akhirnya menjadi penyelamat kepada nyawa anaknya itu.

#3 Muzik yang terlalu kuat akan memperlahankan deria anda

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Kita semua suka mendengar muzik ketika memandu. Tetapi elakkan mendengar muzik dengan kuat kerana berdasarkan satu kajian, pemandu yang memandu sambil mendengar muzik kuat akan mengalami peningkatan kadar degupan jantung dan ini adalah sangat berbahaya.

Hal ini demikian kerana pemandu akan menjadi lebih fokus kepada muzik dan bukannya di jalan raya.

Pada masa yang sama, kajian tersebut turut menyatakan bahawa mendengar muzik yang tidak digemari turut akan mengakibatkan kesan negatif kepada pemanduan anda. Muzik sebegitu akan membuatkan anda sakit hati, tertekan dan terganggu sekali gus menjadikan anda lebih cuai ketika memandu.

Justeru, muzik terbaik yang patut didengari oleh pemandu adalah jenis muzik yang bersesuai dengan kadar degupan jantung pemandu iaitu di antara 60 hingga 80 degupan seminit.

#4 Gunakan tuala wanita untuk menutup luka yang parah

Kredit: unknown / imgur

Ketika Perang Dunia Kedua, seorang wanita bernama Kimberly Clark telah mencipta Cellucotton, sejenis bahan yang boleh menyerap darah dalam kuantiti yang banyak. Cellucotton ini telah digunakan untuk menghasilkan pembalut luka bagi para tentera.

Setelah tamatnya peperangan, ciptaan tersebut digunakan pula untuk menghasilkan tuala wanita. Justeru, tuala wanita ini juga boleh digunakan untuk menutup luka yang parah sekali gus mengelakkannya daripada dijangkiti kuman.

#5 Jangan angkat orang yang sedang pengsan

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Apabila seseorang pengsan, jangan sesekali mengejutkan mereka dengan menampar pipi atau mencurahkan air serta mengangkat mereka. Menurut Mayo Clinic, adalah disarankan supaya anda mengangkat kaki mereka melebihi paras dada dan kekalkan kedudukan itu sehinggalah mereka sedarkan diri.

Tindakan mengangkat kaki ini dapat melancarkan perjalanan darah ke otak dan menambah bekalan oksigen. Pastikan juga anda melonggarkan tali pinggang jika mereka memakainya.

#6 Jika anda syak ada kereta lain mengikuti anda, belok ke kanan sebanyak 4 kali

Kredit: Driving-Tests

Jika semasa memandu anda menyedari ada kenderaan sama mengikuti anda sepanjang masa, ada kemungkinan besar anda sedang diekori. Oleh demikian, anda perlu kekal tenang dalam situasi ini dan membelok ke kanan sebanyak empat kali berturut-turut.

Tindakan ini akan membuatkan anda kembali ke tempat asal dan jika kereta yang sama masih berada di belakang anda, terus membuat perjalanan ke kawasan yang lebih sesak atau mempunyai ramai orang.

#7 Jangan makan salji walaupun anda kehausan

Kredit: The Sun

Katakanlah anda terperangkap di dalam hutan dan amat terdesak untuk mencari sumber air, anda mungkin terdorong untuk memakan salji. Tetapi jangan sesekali lakukannya!

Dalam keadaan cuaca sejuk, elakkan memasuki sesuatu yang sejuk di dalam badan anda kerana ini akan menyebabkan hipotermia. Sebaiknya, bakar kayu untuk dibuat unggun dan cairkan salji itu untuk diminum.

#8 Gunakan kertas kerajang aluminium untuk mengisi ruang bateri jika anda tidak mempunyai saiz yang betul

 

View this post on Instagram

 

#thisshitrighthere actually works #foilbatteries in my #xbox controller

A post shared by 𝓙𝓮𝓼𝓼 𝓥𝓪𝓵𝓮𝓷𝔃𝓾𝓮𝓵𝓪 (@jerrolani) on

Misal kata bateri alat kawalan jauh televisyen di rumah sudah mati dan kedai pula tutup atau jauh dan anda hanya mempunyai bateri saiz AAA. Anda boleh meletakkan kertas kerajang aluminium pada ruang di dalam tempat bateri. Kertas aluminium ini berupaya memindahkan tenaga elektrik kepada alat anda.

#9 Mengisi tab mandi atau sinki dengan air sebelum kejadian bencana alam

Kredit: © Barroa_Artworks / pixabay   © quinntheislander / pixabay

Menurut FDA, selepas berlakunya bencana besar seperti puting beliung atau ribut taufan, bekalan air menjadi tercemar. Anda haruslah menyediakan payung sebelum hujan dengan membeli air botol atau mengisi sinki serta tab mandi dengan air sehingga penuh.

Air ini penting untuk membasuh makanan dan tangan anda semasa berlakunya bencana tersebut yang mungkin menyebabkan bekalan air bersih diputuskan.

#10 Jika seseorang acu senjata, pandang mata mereka

Kredit: Collateral / Paramount Pictures

Berada dalam situasi di mana anda terpaksa berdepan dengan perompak bersenjata adalah salah satu insiden yang sangat mengerikan. Namun, meskipun kedengaran ‘terlalu berani’, perkara yang harus dilakukan pada saat ini adalah dengan memandang tepat ke arah mata individu bersenjata itu.

Tindakan ini akan membuatkan mereka berasa tidak selesa dan mungkin rasa bersalah di atas tindakan yang mereka telah lakukan.

Ingat, mereka tetap seorang manusia yang memiliki rasa belas kasihan tetapi mereka hanya merasa kuat kerana memiliki senjata.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds