BEIJING – Wabak selesema babi Afrika yang telah dikesan di utara China sejak bulan Ogos lalu kini dilaporkan telah merebak dengan cepat dan semakin serius  di beberapa wilayah di selatan China, sehingga pihak berkuasa China telah mengambil tindakan mengekang penularan wabak dengan menakai dan memusnahkan ternakan babi yang telah dijangkiti virus di negara pengeluar dan pengguna daging babi terbesar di dunia itu.

Virus selesema babi Afrika amat berbahaya dan menular dengan cepat apabila menjangkiti ternakan babi, dengan membunuh hampir kesemua ternakan babi yang bersentuhan dan berada berdekatan. Walau bagaimanapun, masih tidak ketahui sama ada virus ini memberi risiko kesihatan kepada manusia yang menyentuh haiwan yang telah mati atau dijangkiti, atau memakan daging babi yang telah dijangkiti.

Kredit : South China Morning Post / Gambar Hiasan

Virus selesema babi Afrika kini sedang menular di Bandaraya Guangzhou di Wilayah Guandong di selatan China. Menurut laporan media Apple Daily, pihak berkuasa tempatan di Guangzhou telah menakai lebih 6,000 ekor ternakan babi di ladang ternakan yang berada di Daerah Huangpu, selepas pemilik ladang bersama 12 orang pekerjanya telah ditahan dan dikuarantin oleh pihak berkuasa tempatan di sebuah hotel tidak dikenali. Difahamkan mereka telah ditahan daripada mendedahkan kes dan berita berkaitan wabak itu di khalayak awam.

Para pekerja dengan memakai pakaian kuarantin dan bertopeng dilaporkan memasuki kawasan ladang ternakan di daerah tersebut, memusnahkan kesemua ternakan babi yang dijangkiti dan menimbusnya menggunakan jentolak.

Pemilik ladang ternakan ini yang merupakan seorang pesara tentera dengan nama tidak dikenali berkata, dia membeli 6,000 ekor babi di wilayah Guangxi. Menurutnya, beberapa ekor babi itu telah mati ketika ternakan yang baru dibeli  dibawa ke ladangnya. Pada masa itu, dia sudah mengesyaki babi-babi ini telah dijangkiti virus selesema babi Afrika.

Kredit : South China Morning Post / Gambar Hiasan

Laporan terkini Apple Daily mencatatkan sebanyak 23 kes terbaru wabak selesema di beberapa tempat di Guangzhou, menjadikan jumlah keseluruhan 101 kes yang dilaporkan di wilayah Guangdong.

Media Taiwan pula menambah, 11 ekor babi telah ditemui mati di salah sebuah ladang di bandar Zhuhai. Pada 25 Disember, Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar mengesahkan 11 ekor babi telah ditemui mati manakala 11 ekor lagi telah dijangkiti virus selesema babi Afrika di ladang ternakan di bandar Huizhou.

Media di China melaporkan syarikat pembekal makanan telah diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan wilayah Guangdong untuk menghentikan penghantaran bekalan babi hidup di wilayah itu.

Kredit : AFP/Greg Baker/Getty Images

Wilayah Fujian juga melaporkan kes penularan wabak apabila bandar Nanping dan Sanming melaporkan kematian 27 ekor babi dengan 27 lagi menunjukkan simptom virus selesema babi Afrika.

Sejak wabak selesema babi Afrika dikesan di kawasan utara China pada awal Ogos lalu, negara China telah memusnah dan menghapuskan sejumlah 630,000 ekor babi di seluruh negara. Demikian yang dilaporkan dalam kenyataan akhbar oleh kerajaan Wilayah Hebei pada 7 Disember.

Menurut seorang Profesor Emeritus Sekolah Perubatan Veterinar di Universiti Kebangsaan Taiwan, Lai Shiow-suey pada 22 Disember berkata, jumlah kes berkaitan wabak yang dilaporkan mungkin tidak tepat kerana mengikut perkiraannya terdapat 430 juta babi yang diternak di seluruh China, dengan jumlah anggaran yang dijangkiti virus mungkin mencecah 100 juta ekor.

Kredit : Science/Reuters/Eduard Korniyenko / Gambar Hiasan

Profesor Lai menambah, berikutan perang perdagangan Sino-AS dengan Amerika Syarikat, China telah menghentikan import babi daripada Amerika Syarikat, sebaliknya telah mengimport dari Rusia, yang didapati menjadi punca menularnya wabak itu. Profesor Lai berkata, kajian genetik virus selesema babi Afrika pada sampel babi yang dijangkiti di bandar Shenyang, Wilayah Liaoning pada permulaan kes dikesan menunjukkan ia mempunyai genetik yang sama dengan yang terdapat di Rusia dan Poland.

Sumber : The Epoch Times

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds