Dari masa ke masa, kepercayaan kita terhadap kemanusiaan dipulihkan oleh kisah kebaikan hati manusia. Kisah ini adalah buktinya. Seorang wanita baru-baru ini menyaksikan perbuatan baik di Walgreen dan dia berkongsi dengan kita semua untuk mengingatkan kita bahawa masik wujud manusia yang pemurah di dunia ini.

Apabila wanita tersebut menyaksikan tindakan yang menyentuh hati itu, dia tidak menyangka perkongsiannya akan menjadi tular di media sosial.

Wanita tersebut yang berada di bahagian kaunter farmasi Walgreen terdengar perbualan antara ahli farmasi dan seorang lelaki tua. Menurutnya, lelaki tua tersebut ingin mendapatkan bekalan ubat-ubatannya untuk tiga bulan.

Setelah mendengar jumlah kos ubatnya, lelaki tua tersebut kelihatan terkaku. Jumlahnya adalah $ 170 (kira-kira RM 710), dan jelas kelihatan lelaki tua tersebut tidak mampu untuk membayarnya.

Tiba-tiba, seorang wanita melangkah ke kaunter farmasi dan menawarkan untuk membayar kos ubat lelaki tua itu. Lelaki tua tersebut jelas kelihatan sangat bersyukur dan mereka terus berpelukan.

Wanita yang menyaksikan tindakan tersebut berasa amat tersentuh dan mengambil gambar untuk berkongsi kisah itu di media sosial.

Perkongsiannya menjadi tular dan ramai orang memuji tindakan wanita pemurah tersebut. Kisah ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan.

Sumber: Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds