Apabila anda mendengar kumpulan muzik keluarga, pasti terbayang difikiran anda imej lederhosen, lagu-lagu unik dan senyuman lebar.

Tetapi ketika seorang ibu Welsh bernama Mel memutuskan untuk turut serta dalam uji bakat Britain’s Got Talent bersama anaknya yang berusia 15 tahun, Jamie, pengertian lama tentang “band keluarga” menerjah ke ruang mata.

Tiada seorang pengadil pun yang menjangkakan akan menerima satu persembahan yang indah dan penuh emosi dari anak-beranak ini!

Sebelum memulakan persembahan nyanyian dengan lagu “Say Something” oleh A Great Big World, Mel memberitahu para pengadil bahawa itu adalah detik yang diimpikan bertahun-tahun dahulu.

“Membuat persembahan pentas bersama dengan anak lelaki saya akan menjadi momen paling membanggakan dalam hidup saya.”

Selepas mendengar kisah latar belakang mereka, setiap penonton dan para pengadil telah bersedia untuk mendengar nyanyian mereka. Tibalah masa persembahan dari Jamie dan ibunya!

Mereka kelihatan selesa di atas pentas dan yakin dengan persiapan yang telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Nampaknya usaha mereka selama ini berhasil.

Kelantangan vokal Jamie memenuhi ruang dewan dan suara ibunya Mel melengkapkan lagi persembahan tersebut. Walaupun beraksi secara duet, namun Mel mahu anaknya lebih menyerlah!

Sebaik sahaja dua beranak ini mengakhiri nyanyian mereka, Simon memberi komen:

“Anda memang hebat apabila membenarkan Jamie memimpin. Anda membenarkan lagu ini menjadi lagunya tetapi keharmonian anda sebenarnya yang memperbaiki lagu itu, saya fikir.”

Ibu yang berusia 44 tahun itu memberitahu WalesOnline bahawa ketakutan terbesarnya adalah bahawa orang akan fikir dia menggunakan anaknya untuk kemasyhuran!

Berkecimpung dalam industri muzik dalam tempoh yang singkat bertahun-tahun yang lalu, mudah bagi orang untuk menganggap perkara yang paling teruk. Syukurlah, niat sebenar Mel jelas kelihatan!

Kata Mel:

“Saya hampir berputus asa. Saya fikir pada usia 40-an, perkara seperti ini tidak akan terjadi. Saya cukup bimbang jika Simon akan mengatakan saya hanya mempergunakan anak saya untuk melancarkan semula kerjaya saya sendiri tetapi dia tidak langsung melakukannya. Saya fikir dia melihat keikhlasan dan saya hanya mahu Jamie menyinar.”

Bukan sahaja kemahiran Jamie bersinar sepanjang persembahan duet tersebut, tetapi kasih sayang Mel sebagai seorang ibu juga jelas kelihatan ketika itu. Mereka adalah keluarga yang hebat dan pelengkap vokal yang sempurna kepada satu sama lain.

Dengarkan paduan suara dua beranak ini dalam uji bakat Britain’s Got Talent dalam video yang disediakan. Bakat mereka memang cukup mengagumkan dan semoga masa depan mereka semakin cerah selepas menyertai uji bakat ini!

Kredit: epicVlogs | YouTube

Sumber: epicVlogs | YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds