PUTRAJAYA – Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia, bermula 1 Januari ini kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, langkah tersebut akan memberi kelebihan kepada pengguna jika harga minyak dunia meningkat. Bagaimanapun, sekiranya perkara sebaliknya berlaku, kerajaan menyatakan kesediaan untuk menukar asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan.

Kredit: The Malaysia Insight

“Ini bermakna kaedah penetapan harga secara bulanan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) akan digantikan dengan penetapan harga jualan runcit secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia menurun.”

Jelas Guan Eng, “Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.”

“Justeru, harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia berterusan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu.”

Kredit: The Malaysian Times

Berdasarkan laporan BH Online, kerajaan telah bertindak mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.20 seliter manakala diesel pula pada RM2.18 seliter sejak 7 Jun yang lalu.

Ketika ditanya apakah yang akan berlaku jika harga minyak dunia meningkat, Guan Eng menyatakan kenaikan harga minyak runcit akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.

Kredit: PanduLaju

“Pengekalan harga ini adalah sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada 2019. Ini selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membolehkan rakyat menerima faedah penurunan harga minyak tetapi membantu golongan B40 dengan subsidi bersasar apabila harga minyak naik.”

Lim Guan Eng menegaskan sehingga November 2018, pihak kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak RM7.14 bilion. Tanggungan subsidi dari Mei sehingga November 2018 dilaporkan sebanyak RM5.82 bilion.

Sumber: BH Online, Sinar Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds