Penyanyi pop sensasi Amerika Syarikat yang juga sangat terkenal di seluruh dunia, Miley Cyrus baru-baru ini mengesahkan perkahwinannya dengan pelakon kacak yang juga merupakan teman lelakinya sejak sekian lama, Liam Hemsworth. Majlis perkahwinan mereka difahamkan telah berlangsung pada hari Ahad dan gambar detik indah itu dikongsi oleh Miley di media sosial.

Pasangan merpati dua sejoli itu bertemu hampir sedekad lalu semasa sama-sama menjayakan filem The Last Song. Pada November lalu, kediaman mereka di California hangus dijilat api menyebabkan majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah lagi kediaman milik Miley di Franklin, Tennessee. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

Gambar pasangan itu yang dikongsikan oleh Miley di laman Twitter

Pasangan tersebut bertunang pada tahun 2012 kemudian putus dan berpisah pada tahun berikutnya. Kemudian mereka dilihat bersama semula pada tahun 2015 dan dikhabarkan telah bertunang. Miley juga ada tweet menjelaskan bahawa dia dan Liam terselamat daripada kebakaran hutan di sebuah kediaman mereka di Malibu.

Penyanyi berkenaan baru-baru ini mengubahsuai lirik Santa Baby – sebuah lagu krimas klasik kepada lagu bertemakan feminis. Ia dinyanyikan semasa program The Tonight Show With Jimmy Fallon. Miley menukar lirik yang meminta Santa sebuah kereta, kapal layar dan cek yang kemudiannya dijelaskan olehnya bahawa dia tidak memerlukan hadiah daripada Santa kerana dia boleh membelinya sendiri.

Dia dan pemuzik Mark Ronson juga telah mengeluarkan sebuah lagu daripada John Lennon dan Yoko Ono iaitu Happy Christmas War is Over, yang direkodkan bersama anak pasangan berkenaan, Sean Ono Lennon.

Sumber: BBC

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds