Sejak di zaman kanak-kanak, Zack Collie dari Newport Beach, California dan rakan-rakannya amat gemar melakukan terjunan ke dalam laut dan telah melakukannya beratus kali. Namun malang menimpa, apabila pada suatu hari selepas melakukan terjunan, ombak besar telah menolak kepala dan badannya ke beting pasir sehingga mencederakan leher dan tulang belakang.

Dalam jangka masa beberapa saat, Zack tidak dapat merasa apa-apa pada badannya, terasa begitu lemah seperti mengantuk dan mahu tidur. Segala pergerakan otot di badannya tidak boleh digerakkan, dan pada ketika itu dia hampir lemas.

Kredit : Caters News Agency

Menurut Zack, “Saya tahu rakan saya mungkin ingat saya sedang bergurau, tetapi kemudian dia melihat saya tidak mampu bergerak dan sesuatu yang serius sedang berlaku. Dia berenang mendapatkan saya dan membawa saya ke daratan. Ketika itu kedua belah tangan saya jatuh longlai begitu sahaja ke atas tanah seperti ia bukan sebahagian daripada anggota badan.”

Insiden kemalangan tersebut telah berlaku 9 tahun yang lalu ketika Zack Collie berusia 15 tahun. Kini, Zack yang sudah berusia 24 tahun tinggal bersama ibu bapanya yang menjadi penjaga sepenuh masa kerana Zack telah didiagnos kecederaan saraf tunjang C-4 dengan keadaan lumpuh pada tubuh badan, tangan dan kaki. Rutin kehidupannya memerlukan kebergantungan kepada orang lain kerana Zack tidak mampu mengerakkan badan dengan sendiri.

Kredit : Caters News Agency

Walaupun kini Zack sudah dapat melakukan sedikit pergerakan pada tangan dan kaki, dia masih terlalu lemah untuk memegang sebarang objek dan tidak dapat menggerakkan badan sendiri.

Satu rakaman video menunjukkan bagaimana ibu bapa Zack, Amber, 46 tahun dan Adron, 48 tahun yang begitu penyayang melakukan rutin harian anak lelaki mereka dengan gembira, bermula dengan mengalihkan Zack dari katil, memandikannya serta memakaikan pakaian untuknya sehingga mengalihkannya ke atas kerusi roda khas bagi memulakan harinya seperti orang lain.

Kredit : Caters News Agency

Zack mengakui kehidupannya amat sukar kerana ‘terperangkap di dalam tubuh badan yang tidak lagi dapat berfungsi’ tetapi dengan bantuan dan sokongan keluarga terutama daripada ibu bapa, Zack tetap menyayangi kehidupannya.

Menurut Zack, “Kehidupan saya menjadi amat sukar selepas kemalangan itu. Saya tidak dapat melakukan apa-apa pergerakan bermula dari leher dan ke bawah. Sehingga untuk menggaru muka sendiri, saya memerlukan bantuan orang lain. Saya tidak dapat menjaga diri sendiri. Daripada mandi, bercukur, menggosok gigi, memakai pakaian, menyikat rambut, berdandan dan lain-lain semuanya memerlukan bantuan orang lain.”

Kredit : Caters News Agency

Tambahnya lagi, “Pada mulanya saya berasa seperti tidak berguna dan berputus asa. Melakukan rutin harian yang biasa dengan mengharapkan bantuan orang lain bukan kehendak yang saya inginkan, terutama apabila saya perlu bergantung kepada mereka untuk seumur hidup.”

Kredit : Caters News Agency

Rakaman video memperlihatkan bagaimana ibu dan bapa Zack dengan sabar mengalihkan anak mereka dari katil ke kerusi roda khas untuk ke bilik air dan mandi sehingga ibu Zack menyiapkannya di atas katil dan kerusi roda biasa. Mereka melakukan rutin harian itu dengan senyuman dan pelukan kasih sayang tanda memberi sokongan.

Kredit : Caters News Agency

Zack Collie berkata, selepas kemalangan tersebut kehidupannya terus berubah, daripada menjadi seorang remaja nakal yang mementingkan diri sendiri kepada seorang lelaki yang kini begitu prihatin dan menyayangi keluarga dengan sepenuh hati.

Kredit : Caters News Agency

Menurut Zack, “Ketika membesar, saya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga. Saya hanya peduli dengan sendiri sendiri. Selepas kemalangan itu, hubungan dengan keluarga telah berubah 180 darjah. Saya menjadi bertambah rapat dengan ibu bapa dan adik-beradik. Ia telah menyedarkan saya untuk berubah, berasa simpati dan membantu orang lain.”

Kredit : Caters News Agency

Sokongan penuh kasih sayang daripada ibu bapa dan ahli keluarga lain yang membantu Zack selepas kemalangan itu telah membuat dirinya menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan dengan gembira.

Dengan senyuman, Zack Collie berkata, “Kini saya lebih menyayangi kehidupan. Pencapaian kehidupan saya yang terkini jauh lebih baik berbanding kehidupan saya yang terdahulu.”

Lihat video di sini.

Sumber : Daily Mail

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds