Sebuah keluarga yang kehilangan kucing kesayangan mereka selama 14 bulan, kini telah menjumpai kucing mereka berdekatan dengan sebuah kilang memproses makanan haiwan.

Kucing tersebut bernama Clive, merupakan kucing baka Norwegian Forest, hilang pada bulan Disember 2014 membuatkan pemilik mereka, Tanya dan Jonathan Irons, berasa sedih. Oleh itu, pasangan berkenaan menguar-uarkan kepada orang ramai melalui Facebook namun ia tidak berhasil. “Clive sangat nakal dan suka berada di luar. Kami fikir ada individu yang mengambilnya,” jelas Tanya.

Inilah Clive – si comel yang hilang dan dijumpai di sebuah kilang makanan haiwan

Kredit: SWNS

Rupa-rupanya Clive sedang berseronok dengan hidupnya. Ia diketahui oleh seorang kaki tangan kilang berkenaan yang menyedari makanan haiwan kilangnya hilang dan memutuskan untuk memasang jerat bagi menangkap si pencuri – meletakkan umpan yang membawanya ke bakul yang mempunyai tekanan untuk perangkap.

Keesokan harinya, pekerja tersebut mendapati terdapat seekor kucing lalu mengimbas cip pada badannya di mana dia kemudian mengetahui bahawa kucing tersebut didaftarkan di bawah nama keluarga Irons yang menetap sejauh 2 batu daripada kilang berkenaan.

Gambar Clive (kanan) bersama abangnya sebelum kehilangannya

Kredit: SWNS

Penyelia pengeluaran di Kennelgate Pet Superstore, Diane Gaskill memberitahu bahawa dirinya cuba menangkap Clive selama berminggu-minggu semenjak dia tahu ada kucing yang hidup di kilang itu. Dia juga banyak kali melihat Clive berjalan di hadapannya. Oleh sebab itulah, dia memasang perangkap lalu membawanya ke veterinar. Sejurus sahaja tahu butiran pemiliknya, dia kemudian menghubungi pemilik Clive.

Kredit: Kennelgate Pet Superstores

Pengurus runcit syarikat berkenaan, Colin Lewis, berkata kilang tersebut sebesar 20 kaki persegi penuh dengan makanan haiwan. Sememangnya, pihaknya benar-benar mahu menangkap Clive sehinggalah Diane berjaya. Clive pula hanya memakan makanan kucing sahaja membuatkan dirinya berasa seperti hidup di syurga!

Kredit: SWNS

Akhirnya, keluarga berkenaan berjaya ditemukan semula dengan Clive dan mereka terkejut melihat ‘pembesaran’ fizikal Clive berbanding saiz sebelumnya. Tanya menjelaskan bahawa Clive berusia 9 bulan ketika hilang dan saiznya lebih kecil berbanding sekarang. Nampaknya Clive makin sihat dan mengenali keluarganya.

Kredit: SWNS

“Saya rasa Clive sangat menikmati hidangan di sana dan Clive bukanlah seekor kucing yang kuat makan sebelum ini namun makan dengan cepat agar makanannya tidak dimakan abangnya. Kini, Clive berselera besar. Saya akan memberikan makanan banyak untuknya, dan Clive pula seperti tidak mahu berhenti makan. Mungkin kami tidak boleh mengawal pemakanannya dan Clive semakin gemuk, tetapi tidak mengapa. Asalnya Clive gembira,” akhiri Tanya.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds