Seekor kucing kacukan baka Parsi berbulu amat gebu dengan warna corak ‘marble’ bernama Alice sudah pasti akan mempesonakan orang lain yang melihat jika dia mendekati.

Bukan sahaja apabila melihat pada bulunya yang gebu tetapi juga renungan matanya yang mempesonakan, penuh gaya elegan yang akan menarik perhatian orang lain untuk melayannya seperti raja.

Bertemu Alice, kucing Parsi kacukan cantik mempesona berusia 6 tahun yang telah ditinggalkan oleh tuan lamanya.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Pemilik asal Alice tidak dapat memeliharanya lagi atas sebab yang tidak diketahui, tetapi tuan barunya bernama Yara amat berbesar hati untuk mengambilnya sebagai kucing peliharaan yang baru.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Siapa pula yang akan menolak untuk mengambilnya sebagai haiwan peliharaan baru. Lihat sahaja pada rupanya dengan bulu gebu elegan penuh pesona.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Tuannya, Yara memberitahu, “Alice mempunyai personaliti besar dan sukakan perhatian, tetapi hanya dengan kemahuannya.”

Kredit : hallo.alice / Instagram

Kata Yara, “Alice tidak suka dibelai, didukung dan disentuh melainkan dirinya terlebih dahulu menyapa orang yang dikehendakinya.”

Kredit : hallo.alice / Instagram

Alice bukan kucing peramah dan suka dibelai seperti kucing lain, tetapi dia suka berada di kalangan manusia.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Sebenarnya Alice suka bertemu orang baru apabila dia segera mengusapkan bulu dan ekornya kepada mereka, mengiau dan kemudian meminta perhatian.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Alice akan bergaul dengan kucing lain jika kucing-kucing lain itu memberinya kuasa untuk mengetuai.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Alice suka memakai relang leher yang diselaputi kristal dan dia juga mempunyai banyak bandana dan ‘bow-tie’ yang cantik.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Tetapi oleh kerana bulunya yang sangat gebu, maka relang leher itu tidak kelihatan.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Alice juga sangat memilih dengan pemakanannya. Yara mengambil masa yang lama juga sehingga dia menemui makanan berkualiti paling sesuai dan disukai Alice.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Dan Alice tidak peduli langsung dengan tumbuhan ‘catnip’ yang membuat kucing-kucing lain berasa teruja itu.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Tetapi Alice paling suka dan amat peduli apabila diberitahu yang dia akan mengembara lagi!

Kredit : hallo.alice / Instagram

Yara berkata, “Setakat ini Alice telah tinggal di empat buah negara iaitu Arab Saudi, Jerman, Netherlands dan England.”

Kredit : hallo.alice / Instagram

Alice si kucing gebu yang cantik memiliki pasport dan suka mengembara serta tidak gentar menaiki kapal terbang bersama tuannya, Yara.

Kredit : hallo.alice / Instagram

Sumber : Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds