Selain hujan dan cuaca yang panas, kesesakan trafik di Malaysia khususnya di bandar-bandar utama pastinya menjadi halangan buat pekerja penghantar makanan. Tidak ramai individu yang sanggup bekerja meredah kesesakan lalu lintas setiap hari tetapi tidak bagi pekerja ini.

Menerusi Twitter, seorang netizen bernama @sampockettrade telah mengongsikan kisah mengagumkan mengenai seorang pekerja penghantar makanan bernama Syahrain Fadzil. Menurut netizen ini, Syahrain adalah seorang kelainan upaya (OKU) yang mencari rezeki dan berjaya menjana pendapatan sehingga RM800 seminggu!

“Saya amat kagum dengan insan istimewa ini… Beliau pekerja #FoodPanda sepenuh masa berpendapatan seminggu RM600-RM800… Tiada alasan untuk meraih rezeki yang halal daripada meminta sedekah seperti orang lain. Tahniah Syahrain… Boleh hubungi beliau 012-2443648 kalau nak pesan makanan.”

Video yang dikongsikan oleh @sampockettrade ini menjadi tular sehingga menerima lebih 3,000 like!

Majoriti netizen meluahkan rasa kagum terhadap semangat kental dan usaha keras Syahrain. Malah, ada juga segelintir yang terpegun dengan kemahiran Syahrain mengendalikan motosikal meskipun keadaan fizikalnya terutama di bahagian tangan yang tidak sempurna.

Salah seorang netizen bernama @bellachachaaa turut mengajak pengguna media sosial lain supaya mengikuti akaun Instagram Syahrain. Menurut netizen berkenaan, sebelum ini Syahrain pernah menjadi tular di internet gara-gara pernah membawa motosikal dengan cara yang istimewa…

Kejayaan Syahrain sememangnya menjadi inspirasi buat kita semua untuk sentiasa cekal dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki yang halal.

Sumber: World of Buzz@sampockettrade/Twitter, syahrain_fadzil/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds