Majoriti daripada kita tentunya sangat gemar menonton wayang kerana skrinnya jauh lebih besar selain tidak mahu ketinggalan mengikuti filem-filem terbaharu! Hal ini ditambah lagi dengan bunyian yang sangat jelas di samping boleh menimati snek lazat seperti bertih jagung.

Baru-baru ini, GSC memperkenalkan tayangan 4DX di mana anda boleh merasai sendiri pengalaman menakjubkan!

 

Teknologi yang dicipta oleh CJ 4DPLEX di Korea Selatan ini membolehkan anda berasa seperti berada di dalam situasi filem tersebut kerana kerusinya yang boleh bergoncang! Pasti filem yang bakal disaksikan akan menambahkan ‘feel’ ketika ditonton.

Jadi, jangan rasa anda boleh relaks ketika menonton kerana anda juga mungkin akan disembur dengan air bagi menghidupkan jalan cerita yang ditontoni.

Kredit: Golden Screen Cinemas

Wah, hebat betul! Tayangan menerusi 4DX ini ternyata memberikan penonton pengalaman yang penuh eksklusif.

Kredit: Golden Screen Cinemas

Buat masa ini, tayangan menerusi 4DX hanya terdapat di GSC Paradigm Johor Bahru dan di GSC 1 Utama!

Kredit: Golden Screen Cinemas

Selain daripada itu juga, GSC juga akan membawakan pawangan dengan 3 dinding. Ia dibangunkan oleh CJ 4DPLEX dan digelar sebagai ScreenX. Ia merupakan projek pertama di dunia yang menggunakan teknologi panorama 270 darjah.

Kredit: ScreenX

Imej pada filem akan dibesarkan ke dinding bahagian kiri dan kanan membolehkan anda merasa pengalaman yang berbeza daripada skrin yang biasa.

 

Kredit: ScreenX|Youtube

Bagi ScreenX, ia akan diperkenalkan di 1 Utama pada tahun 2019. Jadi, apa tunggu lagi? Lekas tempah tiket anda!

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds