Baru-baru ini, seorang ibu tunggal telah mengongsikan kisahnya di Facebook tentang bagaimana pembedahan plastik bukan sahaja memberikannya rupa baharu tetapi juga membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah!

Menurut Oriental Daily, wanita berusia 28 tahun bernama Huyen yang berasal dari Ho Chi Minh, Vietnam ini mendakwa bahawa dia sering ditertawakan oleh orang ramai disebabkan oleh rupa wajahnya.

Matanya sepet dan kulitnya yang sedikit gelap membuat Huyen menjadi bahan tawa orang-orang sekeliling…

Kredit: Popnews

Lebih teruk lagi, ahli keluarga teman lelakinya turut memaksa mereka membatalkan perkahwinan disebabkan rupa Huyen yang tidak cantik meskipun Huyen telah melahirkan anak kepada lelaki berkenaan.

Kecewa dengan keputusan tersebut, Huyen memutuskan untuk meneruskan kehidupannya dengan anak yang baru dilahirkan itu…

Setiap hari Huyen bekerja bersungguh-sungguh dan meminta pertolongan ibunya untuk menjaga bayi itu. Huyen hanya melawat anaknya pada hujung minggu sahaja. Huyen meneruskan kehidupan dan berjimat-cermat. Dia turut mula menyimpan wang untuk menjalankan pembedahan plastik kerana baginya, hanya cara itu sahaja dapat mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.

Dalam tempoh tiga tahun, Huyen dikatakan telah membelanjakan hampir RM18,000 untuk melakukan pelbagai prosedur kosmetik.

“Memandangkan keadaan kewangan saya tidak begitu baik, saya terpaksa mula bekerja tanpa mendapatkan rehat yang mencukupi selepas pembedahan.”

Kredit: Popnews

Tambah Huyen lagi, “Pada hari ketiga selepas prosedur pembesaran payudara, saya terpaksa menahan sakit dan pergi bekerja. Ia adalah salah satu detik paling menyakitkan dalam hidup saya.”

Jelas Huyen, pada awalnya ibu Huyen tidak begitu menyokong keputusannya untuk menjalani pembedahan plastik namun selepas melihat sendiri perubahan positif, ibunya mula memberikan sokongan.

Transformasi Huyen tidak dapat dinafikan agak menakjubkan sehinggakan bekas teman lelakinya sendiri terkedu apabila mereka bersua muka. Huyen memaklumkan bahawa rupa barunya ini telah memberikannya keyakinan dan membantu dia dalam mengembangkan kerjaya.

Meskipun Huyen berpuas hati dengan rupanya ini, dia bercadang untuk menyimpan wang dan menghabiskannya untuk melakukan pembedahan hidung pada masa hadapan.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds