Bagi mereka yang bekerja di dalam bidang perkhidmatan, anda pasti tahu betapa sukarnya tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul selain waktu kerja yang tidak fleksibel.

Justeru, bukan semua orang boleh bertahan dalam bidang ini termasuklah juga haiwan!

Kredit: Double H Canine Training Academy | Facebook

Kita sedia maklum bahawa anjing boleh dilatih dan terlibat di dalam industri perkhidmatan. Bagi anjing bernama Ryker ini, masalah untuk mempelajari sesuatu adalah satu masalah yang amat menduga dirinya…

Dalam satu video yang menular, Ryker yang merupakan seekor anjing baka German Shepherd kelihatan sedang cuba sedaya-upaya untuk menjadi seekor anjing terlatih yang bertauliah!

Ryker telah menjalani latihan di bawah seliaan Akademi Latihan Double H Canine yang terletak di Louisville, Kentucky. Latihan yang dijalankan adalah bagi membolehkan anjing-anjing ini membantu individu yang mengalami masalah kesihatan, penglihatan yang terjejas, gangguan emosi dan juga isu kesihatan mental.

Menurut Happiest, Ryker adalah seekor anjing yang sangat lincah dan memiliki personaliti yang disenangi ramai. Anda dapat lihat betapa seronoknya Ryker ketika dikelilingi jurulatihnya. Namun begitu, Ryker masih lagi gagal untuk melaksanakan konsep penjagaan kebajikan manusia.

Rakaman video turut memaparkan betapa sukarnya tanggungjawab yang perlu dimahiri untuk menjadi anjing perkhidmatan profesional! Kesemua haiwan yang terlatih ini perlu bekerja sepanjang masa untuk membantu tuan mereka yang memerlukan bantuan.

Anda dapat lihat bagaimana Ryker cuba untuk menggerakkan kerusi roda di sekeliling bilik berkenaan namun usahanya tidak begitu berjaya…

Ryker berjaya melakukan hampir kesemua tugasan yang diberikan namun ianya tidaklah begitu sempurna. Ryker pernah berjaya membuka pintu peti ais dan hampir juga menterbalikkan peti ais berkenaan. Ryker turut pernah mengambil botol air dengan menggunakan mulutnya tetapi akhirnya botol itu bocor disebabkan oleh giginya yang tajam.

“Setiap anjing mempunyai tujuan yang tersendiri. Jelasnya, Ryker tidak sepatutnya menjadi anjing perkhidmatan. Lihat video yang menonjolkan cubaan seikhlas hati Ryker.”

Meskipun Ryker mungkin tidak boleh menjadi anjing perkhidmatan, video ini menunjukkan betapa Ryker telah berusaha bersungguh-sungguh dan perkara ini membuatkan kita semua sangat menghargai jasa baik Ryker. Rasanya Ryker lebih sesuai menjadi anjing penghibur…

Kredit: Kredit: Double H Canine Training Academy | Facebook

Sumber: HappiestDouble H Canine Training Academy | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds