Aktor legenda Hong Kong dan Hollywood, Chow Yun-Fat amat terkenal dengan lakonan kelas pertama dan personalitinya yang hebat serta sering merendah diri. Kehidupan peribadinya amat biasa dan sederhana sama seperti masyarakat biasa yang lain, walaupun pada hakikat beliau digelar jutawan dan hartawan dengan nilai mencecah RM2.9 bilion.

Baru-baru aktor Chow Yun-Fat mengejutkan dunia apabila beliau telah berikrar akan mendermakan kesemua harta kekayaannya kepada badan kebajikan selepas beliau meninggal dunia.

Kredit : Daily Mail

Ketika diwawancara oleh sebuah stesen televisyen di Korea Selatan, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) pada minggu lalu, Chow Yun-Fat membuat pengakuan dan berkata dalam ikrarnya, “Kesemua wang ini tidak akan menjadi milik kamu buat selamanya. Apabila kamu meninggal dunia pada satu hari nanti, kamu akan meninggalkan kesemua harta kekayaan itu dan orang lain yang akan menggunakannya. Kamu tidak boleh membawa kesemua wang yang kamu simpan di bank itu selepas kamu meninggal dunia.”

Kredit : Wmagazine

Menurut CNA Lifestyle, aktor berusia 63 tahun ini tersenarai dalam majalah Forbes sebagai antara aktor yang mendapat bayaran lakonan tertinggi di dunia. Berada di kedudukan yang sama dengan aktor Hollywood kelahiran Australia, Russel Crowe, Chow Yun-Fat dilaporkan tersenarai dengan mengumpul kekayaan bernilai RM2.9 bilion (USD715 juta). Nilai harta ini yang diikrar olehnya untuk didermakan.

Apa yang menarik, media Hong Kong begitu sibuk mengira dan menganggar kekayaan Chow Yun-Fat sehingga ada yang mengeluarkan angka-angka yang tidak masuk akal. Dalam maklum balas yang diberikan kepada laporan tersebut, Chow Yun-Fat berkata, beliau sendiri tidak tahu dan tidak pasti berapa banyak jumlah harta terkumpulnya.

Kredit : The Star

Sementara itu, isterinya Jasmine Tan yang berasal dari Singapura memberi sokongan penuh dan padu akan keputusan suaminya, Chow Yun-Fat untuk mendermakan kesemua harta kekayaan kepada badan kebajikan selepas beliau meninggal dunia.

Sumber :  CNA Lifestyle , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds