RAWANG – Pada 9 Disember lalu, seorang wanita telah memesan air minumannya iaitu teh ‘O’ ais limau untuk dibungkus di dalam plastik bersama dengan mangkuk kosong namun telah dicaj dengan harga RM0.30 atas perkhidmatan berkenaan di sebuah kedai mamak di Selangor.

Walaupun wanita itu mampu membayar RM0.30 itu, namun caj berkenaan tidak wajar dikenakan sama sekali. Wanita tersebut terasa terpanggil untuk berkongsi insiden itu ke laman media sosial bagi mendapatkan pandangan orang ramai. Dia juga ada berkongsikan gambar resit sebagai bukti.

Roti planta, Roti 4 segi, Nescafe, Teh O ais limau bungkus, Mangkuk

Kredit: Sinchew

Menurut Sinchew, wanita berkenaan meminta mangkuk kerana mahu meletakkan air minuman bungkusnya supaya minuman tersebut tidak tumpah sewaktu dia sedang menikmati hidangannya.

Kredit: Sinchew

Bagi mengetahui perkara tersebut dengan lebih lanjut, pihak Sinchew telah menghubungi KPDNKK cawangan Hulu Selangor di mana wakil KPDNKK meminta kes berkenaan dibawa ke ibu pejabat KPDNKK kerana perkara sebegitu tidak pernah terjadi.

“Kes ini sangat berbeza kerana pelanggan telah memesan bungkusan minuman namun masih menggunakan perkakasan daripada restoran. Oleh itu, ia agak sukar untuk mengadili kes ini”.

Wakil juga meminta wanita itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya kes tersebut boleh dibuka. Jika ternyata pihak restoran itu telah melanggar undang-undang, maka tindakan akan diambil.

Sumber: Sinchew

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds