GEORGE TOWN- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang sedang menjalankan misi mencari dan menyelamat bagi menjejaki sembilan individu yang tersesat dalam hutan ketika menjalankan aktiviti pendakian di Bukit Bendera pada Selasa (25 Disember).

Kredit: Berita Harian

Menurut Bernama, dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Bagan Jermal dan Paya Terubong dihantar ke kaki Bukit Bendera bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari seorang daripada sembilan individu itu pada pukul 7.27 malam memaklumkan mereka sesat di kawasan Bukit Bendera.

Kredit: The Star

“Salah seorang pejalan kaki bercakap dengan kami di telefon dan menyatakan bahawa mereka sesat di dalam hutan.

“Pihak bomba berjaya menghubungi semula mangsa yang membuat panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu dan dia dapat dihubungi melalui talian telefon serta memberitahu mereka kemungkinan berada di kawasan Wand Gate 7 Bukit Bendera,” katanya kepada pemberita.

Setakat ini maklumat lengkap kesemua mangsa masih belum diperolehi dan hanya mendapat maklumat jumlah mangsa adalah sembilan orang. Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan bantuan ERT (Emergency Response Team) Bukit Bendera.- BERNAMA

Sumber: The Star, Malaysia Kini

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds