Pertandingan ratu cantik paling popular Miss Universe 2018 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Catriona Gray dari Filipina dinobat sebagai juara. Namun, niat murni ratu cantik Vietnam, H’Hen Niê telah mencuri tumpuan seluruh dunia. H’Hen yang merupakan finalis Top 5 dalam Miss Universe 2018 telah mengumumkan bahawa akan mendermakan semua insentif yang beliau terima selepas pertandingan untuk tujuan kebajikan.

Kredit: hhennie.official

Ratu cantik berusia 26 tahun itu berkata beliau akan memberikan jumlah pendapatannya – berjumlah VND 1 bilion (kira-kira RM 180,000) – untuk ‘aktiviti sosial’. H’hen mendapat insentif daripada pelbagai penaja dan syarikat pengurusannya.

Dalam perkongsian pada akaun Instagram rasmi Miss Universe Vietnam, H’hen berkata beliau mahu “menunaikan janjinya” untuk membina perpustakaan dan memberi bantuan untuk sekolah di kawasan pedalaman Vietnam.

“Beliau memutuskan untuk menyumbangkan keseluruhan daripada hadiah yang diterimanya untuk kegiatan sosial,” kata pihak pengurusannya.

“Beliau mahu menunaikan janjinya kepada kampungnya untuk memberi biasiswa kepada pelajar miskin dan menyelesaikan projek sosialnya ‘Room to Read’ (membina lebih banyak perpustakaan di kawasan luar bandar, membantu pelajar perempuan yang memerlukan di seluruh dunia).”

Kredit: hhennie.official

Ketika belajar di Universiti Ho Chi Minh, H’Hen pernah berkerja sebagai pembantu rumah untuk menampung pembelajaran tersebut. Selain itu, beliau juga menjadi tenaga pengajar, mengedarkan risalah, dan model sambilan untuk membantu membayar kos pembelajarannya serta untuk biayai kehidupannya di bandar.

Beliau menjuarai Miss Universe Vietnam 2017 pada 6 Januari 2018. H’Hen mencuri perhatian dengan mempunyai kulit sawo matang dan gaya rambut pixie.

Sumber: CNNhhennie.official

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds