Kita semua amat terkejut dengan bencana Tsunami Sunda yang melanda Indonesia baru-baru ini sehingga mengorbankan 373 nyawa dan mengakibatkan lebih 14,000 lagi cedera.

Memetik kenyataan daripada Harian Metro, turut dilaporkan cedera dalam insiden pada Sabtu lalu itu adalah seorang rakyat Malaysia bernama Khairul Umam Masduki, 31 tahun.

Namun begitu, apa yang menjadi berita hangat sekali gus membuatkan kita semua terkejut adalah apabila sebuah video menunjukkan tanda-tanda awal kejadian tsunami ini menular di internet.

Kredit: Twitter

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @BiLLRaY_ ini menunjukkan peningkatan paras air laut secara drastik di Pantai Anyer, Bentan sekitar jam 9.15 malam waktu tempatan. Tempoh masa ini juga dirakamkan kira-kira 12 minit sebelum bencana berkenaan melanda Selat Sunda pada jam 9.27 malam.

Video yang dirakamkan di Hotel Grand Elti Krakatau itu turut disertakan dengan kapsyen berbunyi amaran serta menunjukkan bagaimana paras air laut meningkat sehingga mencecah masuk ke kawasan hotel!

Kredit: Twitter

Namun begitu, @BiLLRaY telah memadamkan video tersebut apabila akaun rasmi Agensi Klimatologi, Meteorologi dan Geofizikal Indonesia (BKMG) mengumumkan menerusi Twitter bahawa apa yang berlaku di Pantai Anyer bukanlah tsunami tetapi sekadar fenomena air pasang.

@BiLLRaY yang menyangka dia telah membuat kesilapan dengan menghebahkan perkara tidak benar memutuskan untuk memadamkan videonya.

Rupa-rupanya yang membuat kesilapan dalam kes ini adalah pihak BKMG sendiri apabila tidak lama kemudian kejadian awal yang dirakamkan @BiLLRaY itu disahkan dengan bencana tsunami!

Menurut laporan The Guardian, tsunami yang berlaku itu bukan berpunca daripada gempa bumi tetapi disebabkan oleh pergerakan tanah di dasar laut yang kemudiannya diikuti dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau..

Tweet oleh BKMG itu kemudiannya dipadam berikutan berlakunya kesalahan informasi. Pihaknya kemudian memaklumkan akan melakukan siasatan lanjut berkenaan fenomena itu.

Setelah menyedari ianya adalah kejadian tsunami, @BiLLRaY bertindak memuat naik semula video berkenaan tetapi dengan kapsyen lain yang mendoakan keselamatan insan-insan yang terjejas dengan insiden tersebut.

“Ya Allah… ampunilah dosa-dosa kami, lindungilah saudara-saudara kami yang terkena musibah. Bagi almarhum, semoga diterima disisiNya. Semua ini kehendakNya.”

Tonton videonya di bawah:

Sumber: World of Buzz@BiLLRaY_/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds