PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa negeri Sarawak akan menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di premis makanan berdasarkan kepada ordinan tempatan pada 24 Disember yang lalu.

Kredit: Free Malaysia Today

Menurut Dzulkefly, pengumuman itu telah diberitahu sendiri oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Sim Kui Hian. Beliau turut menyatakan sokongan penuh kerajaan negeri kepada pindaan peraturan larangan merokok yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.

Kredit: Clinical Research Malaysia

Sebelum ini, media melaporkan bahawa kerajaan Sarawak tidak akan menguatkuasakan larangan merokok seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di semua premis makanan pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, Dzulkefly mendakwa makanan kenyataan media ini mungkin telah disalah tafsir.

“Kerajaan Sarawak melalui pihak berkuasa tempatan akan menyelaraskan undang-undang yang akan dikuatkuasakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, Akta Makanan 1983.”

Kredit: The Star

“Penyelarasan ini bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan agar pertindanan undang-undang yang melibatkan peraturan negeri dapat diatasi.”

Larangan merokok ini akan ditetapkan di kawasan restoran, premis makanan di rumah kedai, tempat makan terbuka, trak makanan, atas tanah lot, kedai makan di sungai, restoran atas awan dan juga dalam kenderaan.

Kredit: Storyblocks

Jika disabit bersalah, individu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Sementara itu, pemilik premis pula akan dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara 6 bulan jika gagal mempamerkan tanda larangan merokok. Pemilik premis juga boleh dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan jika gagal memastikan orang tidak merokok di kawasan premis.

Sumber: Free Malaysia Today, Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds