Hanya kerana dan aktif secara fizikal dan mempunyai bentuk badan yang ideal, tidak bermakna anda kalis daripada serangan jantung dan penyakit kronik lain. Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki warga Singapura yang berusia 38 tahun.

Lelaki dikenali sebagai See ini telah mengongsikan detik hitam dalam hidupnya itu menerusi akaun Facebook. Menurut See, insiden serangan jantung ini berlaku pada 18 Disember yang lalu tetapi beberapa hari sebelumnya, dia mendakwa mengalami rasa tidak selesa pada bahagian dada, lengan kiri dan juga bahunya.

Kredit: Weekender

“Semalam (18 Disember), rutin berjalan seperti biasa. Saya merasa tidak selesa pada dada, lengan kiri dan bahu. Saya tahu ada sesuatu yang aneh tetapi saya tidak tahu puncanya. Jadi saya terus berbasikal menuju ke sekolah.”

Pada sangkaan See, kesakitan yang dialaminya ini kesakitan otot yang berpunca daripada senaman. Meskipun See mendapati dia mula mengalami kesukaran bernafas selain jantungnya berdegup kencang, See langsung tidak mengesyaki apa-apa. See turut mengongsikan bagaimana dia cuba mengamalkan gaya hidup sihat dengan berenang sekurang-kurangnya empat kali seminggu.

Kredit: Spine-Health

Setibanya di sekolah, See mendapati peluhnya mencurah-curah dari bahagian kepala. Khuatir dengan keadaan diri, See segera menempah perkhidmatan e-hailing Grab untuk ke hospital. Bagaimanapun, pemandu Grab berkenaan menghadapi masalah untuk tiba ke lokasi See.

Kredit: Men’s Health

Justeru, See membatalkan tempahan Grab berkenaan dan menghubungi ambulans. Dalam tempoh 10 minit, bantuan ambulans tiba dan ahli paramedik terus menjalani ujian elektrokardiogram (ECG) ke atas See.

Berdasarkan keputusan ujian, mereka mendapati keadaan See amat teruk.

Kredit: Indipendent

“Setibanya saya di bahagian Kecemasan & Kemalangan, pasukan perubatan telah bersiap sedia. Mereka segera menyiapkan saya sebelum menghantar saya ke bilik pembedahan.”

Tambah See lagi, “Arteri utama saya tersumbat 100%. Prosedur Balloon Angioplasty telah dijalankan dan saluran tiub dimasukkan. Prosedur ini berjaya.”

Kredit: Mothership

Selepas keadaan kesihatan See menjadi stabil, doktor memaklumkan bahawa See telah mengalami serangan jantung yang amat parah dan menyebabkan jantungnya berfungsi pada peratusan yang rendah. Malah, kejadian ini turut mengakibatkan jantung See tidak lagi mampu berfungsi seperti dahulu dan dia tidak lagi dibenarkan untuk menderma darah.

Kejadian ini membuatkan See menasihatkan semua orang agar tidak sesekali memandang ringan jika mengalami ketidakselesaan khususnya di bahagian jantung kerana ianya boleh membahayakan nyawa.

Sumber: World of BuzzMothership

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds