Pada 22 Disember yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa 21 sampel cili yang dijual dalam pasaran gagal mematuhi piawaian di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang berkaitan dengan residu racun perosak.

Kredit: Malaysiakini

Pemantauan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak bulan Januari sehingga kini yang dilakukan terhadap 503 sampel cili import namun Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati sebanyak 4.2 peratus (21 sampel cili) berkenaan melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM akan terus melakukan pemantauan ke atas sayur-sayuran termasuk cili di setiap pintu masuk negara serta di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan tersebut.

“Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan dan peraturan-peraturan di bawahnya. Itu menjadi tanggungjawab pihak pengimport, agen serta penjual bagi memastikan produk makanan itu mematuhi perundangan makanan.

“Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Kredit: MH Online

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan cili merah Vietnam dikesan diseludup masuk dan dijual secara berleluasa di seluruh pasaran negara meskipun kerajaan telah menggantung import permit (IP) bahan komoditi berkenaan sejak 14 Sept lalu.- Bernama

Sumber: Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds