Ada sesetengah perkara dalam kehidupan harian di Korea memang cukup pelik, unik dan mengagumkan pelancong. Contohnya, tiada penumpang kereta api yang akan duduk di tempat yang disediakan khas untuk wanita mengandung, orang Korea boleh menggosok gigi di tempat kerja dan macam-macam lagi.

Mari lihat 12 perkara unik di Korea Selatan yang cukup mengagumkan!

Di Korea Selatan, mereka tidak menggunakan cawan kertas di water dispensers tetapi beg kertas kecil.

Kredit: Munx03 ​/ reddit

Di Korea, terdapat sarung jari plastik yang digunakan untuk makan kentang goreng.

Kredit: unknown / reddit

Anda boleh membeli stoking melalui mesin layan diri. Menarik bukan?

Kredit: sharkp00p / reddit

Di Korea, anda boleh meletakkan anjing peliharaan di lokar yang disediakan sementara anda pergi membeli-belah.

Kredit:  mullingover / reddit

Sama ada hari panas atau hujan, anda boleh berteduh di bawah payung besar ini ketika menunggu lampu isyarat bertukar ke warna hijau.

Kredit: Suwon

Pemilik kedai memerhatikan pelanggan dari rumah sahaja. Pelanggan boleh memilih dan mengambil apa sahaja barang yang mahu dibeli, kemudian masukkan duit ke dalam peti duit yang disediakan.

Kredit: soche

Di Korea, kebanyakan kawasan parkir kenderaan seperti ini dibina untuk menjimatkan ruang. Bagusnya kalau negara kita pun membina parkir seperti ini!

Kredit: K20grld

Untuk mengurangkan bilangan kecederaan dalam pengangkutan awam, pihak berkuasa Korea memutuskan untuk melengkapkan bas dengan bantal khas untuk berehat.

Kredit: art2love2/Instagram

Tempat perlindungan plastik ini didirikan bertujuan memberi kemudahan kepada para pejalan kaki untuk berteduh sewatu cuaca buruk seperti ribut salji.

Kredit: Deplete1 / reddit

Sistem tandas yang bijak! Memudahkan para pengguna untuk memilih tandas manakah yang masih kosong.

Kredit: moomin008

Penumpang lebih rela berdiri dan tidak duduk di tempat khas untuk wanita mengandung walaupun tempat duduk tersebut kosong.

Kredit: diipendra

Orang Korea sangat mementingkan kesihatan mulut mereka. Restoran BBQ di sana menyediakan berus gigi dan cecair pencuci mulut percuma yang diletakkan di dalam tandas. Tidak pelik jika melihat orang Korea menggosok gigi di tempat kerja juga!

Kredit: DNAprototype ​/ reddit

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds