INDONESIA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap di dalam sebuah kereta dalam timbunan sisa runtuhan akibat tsunami di Selat Sunda berjaya diselamatkan dan ditemui masih hidup pada 24 Disember yang lalu.

Kredit: mStar

Kanak-kanak dikenali sebagai Ali itu ditemui selamat dan masih bernyawa meskipun telah terperangkap di dalam kereta selama 12 jam. Kejadian ini dipercayai berlaku di hotel Mutiara Resort yang terletak di Pantai Carita, Banten.

Kredit: mStar

Menurut mStar, pihak polis bertindak menarik sisa-sisa kayu dan runtuhan dari kereta berkenaan yang terperangkap di bawah sebatang pokok tumbang. Sebaik sahaja mendapati kanak-kanak itu masih hidup, anggota polis segera menariknya keluar. Pada masa yang sama, kanak-kanak itu juga kelihatan menangis dan memeluk erat anggota polis yang membantu menyelamatkannya.

Kredit: Free Malaysia Today

Ali segera dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Ali telah dibawa bertemu dengan kedua ibu bapanya atau ditempatkan di pusat pemindahan.

Kredit: Free Malaysia Today

Bencana tsunami yang mula melanda Kepulauan Jawa dan Sumatera pada malam Sabtu lalu dilaporkan telah meragut lebih daripada 300 nyawa selain menyebabkan 14,000 kecederaan termasuk seorang warga Malaysia.

Kredit: Free Malaysia Today

Bencana ini dikatakan berlaku susulan kejadian gegaran bawah tanah yang berpunca daripada letusan gunung berapi Anak Krakatao.

Sumber: MirrorFree Malaysia TodaymStar

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds