Aktor Hollywood, Grant Gustin yang melakonkan watak superhero ‘The Flash’ menggemparkan dunia hiburan pada tahun lalu apabila memberi perkhabaran gembira yang beliau akan mengakhiri zaman bujang bersama teman wanitanya yang berasal dari Sabah, Malaysia. Bersama alasan, telah jatuh cinta sepenuhnya dengan keanggunan serta kecantikan Andrea Thoma, gadis berketurunan separuh Kadazan, aktor kacak ini telah melamarnya selepas saling mengenali selama setahun.

Kredit : lathoma3/ Instagram

Sementara ramai yang tertanya-tanya bila mereka akan berkahwin selepas itu, akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pasangan Grant Gustin dan Andrea Thoma secara sah melangsungkan perkahwinan pada 15 Disember lalu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Kredit : lathoma3/ Instagram

Kedua pasangan suami isteri sama cantik ini telah memuat naik gambar perkahwinan mereka di dalam akaun Instagram milik masing-masing.

Sebelum ini, tersebar khabar angin di kalangan peminat ‘The Flash’, yang menghantar mesej mereka terlihat pasangan ini mengambil beberapa foto dengan memakai pakaian tradisional suku kaum Kadazan. Berita tersebut menjadi tular apabila Grant Gustin memuat naik gambar ini di halaman Instagram miliknya.

Kredit : grantgust/Instagram

Grant Gustin kemudian mengesahkan dan memberi penjelasan, pada ketika gambar tersebut diambil, mereka belum berkahwin secara sah, tetapi telah menjalankan satu ucapara perkahwinan menurut adat suku kaum Kadazan, yang dirasakan oleh mereka sebagai ‘amat indah dan simbolik’.

Kredit : hype.my / grantgust/ Instagram

Maka ramai para peminat Grant Gustin secara berseloroh  menyatakan rasa hampa apabila aktor kesayangan mereka kini sudah sah menjadi milik orang lain, tetapi pada masa yang sama memberi ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru yang sama padan dan sama cantik ini.

Sumber : World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds