Tonya Andrews adalah guru yang paling disayangi di Sekolah Tinggi Joshua, Texas dan sering meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para pelajarnya.

Namun apa yang menyedihkan ialah, kucing kesayangan Tonya yang berusia 16 tahun telah meninggal dunia dalam pelukannya ketika dia bergegas untuk bertemu doktor haiwan.

Tonya patah hati atas kematian kucing kesayangannya yang bernama Blondie itu. Tonya dan Blondie merupakan kawan baik dan mereka telah bersama selama 16 tahun.

“Saya banyak menangis ketika di sekolah”

Kesedihan tersebut turut dirasai oleh para pelajarnya. Disebabkan itu, beberapa orang pelajar Tonya memutuskan untuk memberikan kejutan dengan harapan dapat memulihkan semangat guru kesayangan mereka tersebut.

“Mereka masuk ke dalam kelas pada keesokan hari dengan bunga dan kek… Namun itu bukanlah semuanya.”

Tonya tersentuh hati dengan tindakan murni para pelajarnya dan mula menitiskan air mata. Kemudian dia melihat salah seorang pelajar perempuannya dan menyedari pelajarnya yang lain berdiri dengan hadiah terakhir untuknya.

Pelajar tersebut membawa dua ekor anak kucing untuk merawat kesedihan guru mereka.

“Saya tersenyum lebar ketika itu kerana saya dapat merasakan kasih sayang mereka. Tetapi kemudian, Rachel berjalan dengan memegang dua ekor anak kucing yang sungguh bernilai”

Pada mulanya, Tonya Andrews menyangka pelajarnya membawa masuk anak kucing tersebut hanya untuk bermain dengannya.

Dia percaya mereka membawa anak kucing itu untuk memujuk dan membantunya tersenyum semula.

“Kemudian dia menyerahkan mereka kepada saya dan berkata mereka adalah milik saya…sekarang hati saya rasa bahagia semula.”

Reaksi guru tersebut sangat indah dan tiada perkataan yang dapat digambarkan oleh para pelajarnya apabila melihat kegembiraan guru kesayangan mereka itu.

Tonton video tersebut untuk melihat detik-detik manis para pelajar tersebut memberikan kejutan yang paling bermakna buat gurunya yang telah kematian kucing kesayangannya.

Kredit: Inside Edition/Youtube

Sumber: HAPPIESTInside Edition/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds