Anda mungkin menggambarkan insiden pengambilan organ secara paksa hanya berlaku dalam filem-filem seram sahaja. Tetapi hakikatnya, tindakan ini benar-benar berlaku di China menerusi pakatan yang dilakukan di antara Parti Komunis China dan juga pihak hospital.

Hal ini dibuktikan melalui rakaman secara tersembunyi yang dilakukan oleh tiga pengarah filem dari Korea Selatan. Ketiga-tiga mereka telah pergi ke sebuah hospital yang terletak di timur laut Tianjin, China untuk menjalankan satu siasatan terperinci secara rahsia.

Kredit: End Transplant Abuse in China

Penyiasatan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan dokumentari berkenaan sisi gelap pemindahan organ di Bandar Tianjin, China, di mana pihak-pihak tertentu melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyat China yang tidak bersalah. Dokumentari ‘Investigative Report 7’ ini juga telah disiarkan di TV Chosun pada 17 November 2017.

Berdasarkan rakaman secara sembunyi ini, penyiasatan telah dilakukan di Hospital Tianjin First Central yang merupakan Pusat Pemindahan Organ terbesar di China dan destinasi pertama pelancongan transplan masyarakat Korea Selatan.

Menyamar sebagai wakil salah seorang pesakit Korea Selatan, mereka telah menanyakan beberapa soalan mengenai waktu menunggu dalam senarai pemindahan organ dengan seorang jururawat yang boleh berbahasa Korea.

Kredit: End Transplant Abuse in China

Menurut jururawat berkenaan, waktu menunggu adalah di antara seminggu, dua minggu atau paling lama 50 hari. Tempoh ini benar-benar mengejutkan kerana di pusat pemindahan organ lain seluruh dunia, kebiasaannya waktu menunggu memakan masa beberapa tahun.

Tambah jururawat berkenaan lagi, seandainya pesakit sanggup mendermakan kira-kira RM6,000 kepada kebajikan hospital, maka tempoh menunggu boleh dipercepatkan.

Bagaimanakah tempoh menunggu mungkin dipercepatkan apabila dibayar dengan wang?

Perkara ini mengesahkan khabar angin yang menyatakan bahawa ramai individu tidak bersalah telah dibunuh bagi memenuhi permintaan organ yang tinggi. Malah, ianya turut pernah disaksikan oleh beberapa bekas pekerja hospital dan penyiasat peribadi.

Kredit: nzherald

Misalnya kes Xue Yanlin Fuyang yang dilaporkan oleh China Times, telah menerima dua buah pinggang baharu dalam tempoh 48 jam sahaja selepas membayar sejumlah RM133,000 kepada pihak hospital.

Meskipun jururawat itu memaklumkan pihak hospital hanya melakukan sebanyak tiga pemindahan buah pinggang dan empat pemindahan hati setiap hari yang mana jika dikira untuk setahun adalah sebanyak 2,500 pemindahan organ, pihak penyiasat percaya mereka melakukan lebih daripada jumlah yang diberitahu.

Malah, berdasarkan data yang tidak dapat disangkal daripada laporan Bloody Harvest/The Slaughter: An Update membuktikan bahawa Pusat Pemindahan Organ di Hospital Tianjin First Central melakukan sebanyak 6,000 pemindahan organ setiap tahun.

Lebih mengerikan lagi, jumlah ini hanya berdasarkan data yang dikumpulkan di sebuah hospital sahaja.

Kredit: Xiqiang Dong/The Epoch Times

Hakikatnya, laporan tersebut turut menyebut bahawa sebanyak kira-kira 60,000 hingga 100,000 pemindahan organ telah dilakukan di seluruh China saban tahun. Tetapi, dari mana agaknya pihak China memperoleh begitu banyak organ?

Kredit: YouTube

Menerusi laporan oleh David Matas yang merupakan peguam hak kemanusiaan antarabangsa dan calon Hadiah Nobel Keamanan 2010, beliau menyatakan bahawa:

“Kesimpulan terunggul kepada kerja kami yang lalu, China terlibat di dalam pembunuhan secara besar-besaran yang melibatkan banduan penjara, pengamal Falun Gong, warga Uyghur dan Tibet serta beberapa House Christian terpilih bagi memperoleh organ untuk pemindahan.”

Kredit: Political Irish

Lebih membingungkan dan mengesahkan lagi kenyataan ini adalah apabila jururawat ditanya soalan tentang adakah mereka boleh mendapatkan organ daripada orang yang muda, jururawat itu memberitahu bahawa sumber utama organ mereka adalah daripada orang muda sahaja.

Ternyata, industri pemindahan organ menjadi satu sumber pendapatan yang menguntungkan bagi rejim China. Malah, menerusi laman sesawang hospital turut secara terbuka mengumumkan harga bagi setiap organ yang diinginkan.

  • Jantung – RM543,530 hingga RM668,960
  • Buah pinggang – RM627,150 (satu buah pinggang)
  • Hati – RM409,738 hingga RM543,530
  • Paru-paru – RM627,150 hingga RM710,770
  • Kornea – RM125,430

Kredit: Stop Organ Harvesting in China

Perbualan di antara ketiga-tiga pengarah filem ini bersama jururawat tersebut berjaya membuktikan pelbagai testimoni mengenai pembunuhan untuk mendapatkan bekalan organ secara paksa yang pernah diumumkan sebelum ini.

Seorang bekas pekerja di Hospital Tianjin First Central telah menghantar emel kepada The Epoch Times pada tahun 2016 yang menyatakan bahawa:

“Ramai pesakit transplan dari luar negara datang ke China untuk mencari hati atau buah pinggang. Kebanyakannya adalah dari Korea Selatan.”

Kredit: Jim Watson/AFP

Berdasarkan temu bual bersama doktor di dua buah hospital di Seoul, doktor-doktor di Korea juga selama ini telah menghantar pesakit mereka ke China bagi menjalani pemindahan organ. Namun begitu, selepas berita mengenai pengambilan organ secara paksa ini dihebahkan, segelintir doktor tidak lagi menyarankan para pesakit untuk ke China.

“Seorang doktor terkemuka yang bekerja di salah satu hospital terbesar di Korea Selatan akan memperkenalkan pesakitnya kepada orang tengah. Orang tengah ini akan merujukkan pesakit kepada hospital Tianjin,” dakwa bekas pekerja itu.

Pada 18 April 2006, seorang bekas pekerja hospital dikenali sebagai Annie (bukan nama sebenar) mendedahkan bahawa bekas suaminya yang merupakan seorang doktor pakar bedah mengakui telah memindahkan lebih 2,000 kornea milik pengamal Falun Gong secara paksa. Mayat mereka kemudiannya akan dibakar.

 

Pendedahan terbaharu yang difilemkan oleh tiga pengarah Korea ini mengesahkan lagi sindiket pemindahan organ yang dikendalikan oleh Parti Komunis China.

Kredit: End Transplant Abuse/Youtube

Sumber: NTDEnd Transplant Abuse/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular

Ad will display in 09 seconds