Seorang lelaki di Vietnam sanggup menghabiskan sejumlah wang melebihi RM35,000 semata-mata untuk membeli akar pokok tua yang dikatakan berusia 200 tahun! Akar pokok dengan nama saintifiknya Calophyllum inophyllum L ini dikatakan dibeli bagi membolehkan lelaki ini menghasilkan produk ukiran.

Menurut laporan zing.com, ketika sedang bekerja, lelaki dikenali sebagai Mei Jian itu tinggal di Sóc Trâng itu telah menemui akar pokok berkenaan di sebuah kebun. Melihat potensi akar besar dengan diameter 30 meter itu, Mei Jian mengambil keputusan untuk membelinya…

Pada awalnya, pemilik akar pokok itu enggan menjual kepada Mei Jian. Namun, setelah proses tawar-menawar berlaku dengan harga yang berbaloi, Mei Jian yang kini berusia 80 tahun akhirnya berjaya mendapatkan akar pokok berkenaan dengan harga RM15,570.

Mei Jian kemudiannya perlu mengupah lebih daripada 100 orang pekerja bagi membantu menggali akar pokok tersebut dan mengangkutnya pulang.

“Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk membeli akar pokok dan sewa jentera sehingga diangkut ke rumah adalah melebihi RM35,000.”

Para pekerja turut diarahkan untuk mengupas kulit pokok secara berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada dahan-dahan halus sekali gus memastikan bentuk akar ini dikekalkan…

Mei Jian telah menghasilkan beberapa ukiran menarik daripada akar pokok berkenaan. Antaranya adalah kepala naga, kura-kura, burung mitos Phoenix, harimau, buaya dan sebagainya.

Terdapat juga beberapa individu yang sanggup menawarkan sejumlah harga yang tinggi bagi mendapatkan ukiran Mei Jian namun ditolaknya.

Sumber: BL Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESENIAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds