Jika anjing akan menangis apabila dibawa bertemu dengan doktor haiwan, kucing pula akan menyorok!

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter Ashly Perez berkongsi gambar kucingnya James yang menyorok ketika dibawa bertemu dengan doktor haiwan.

Jika dilihat, cara James menyorok di dalam lubang bakul sampah itu memang cukup menggelikan hati tetapi rupa-rupanya ramai lagi netizen yang menghadapi situasi yang hampir sama apabila membawa kucing peliharaan mereka bertemu doktor haiwan.

Seperti Samantha [email protected]_cbb, kucingnya terus masuk ke dalam singki.

Joshua [email protected] pula berkongsi gelagat kucingnya yang turut menyorok apabila dibawa bertemu doktor haiwan.

Bagi Certified [email protected], kucingnya juga tidak terkecuali untuk menyorok apabila dibawa bertemu doktor haiwan.

Kucing peliharaan [email protected] pula menyorok di bawah peti sejuk kecil!

Kucing [email protected] pula akan menyorok di dalam mana-mana almari dan menunjukkan muka senyum seperti menahan kesakitan apabila ditemui di tempat menyoroknya.

Kucing milik @anchoviethecat dan [email protected] juga suka menyorok di dalam singki.

Selain menyorok di dalam almari atau singki, menyorokkan muka di sudut dinding juga menjadi tabiat kucing apabila dibawa ke klinik haiwan.

Contohnya seperti kucing [email protected] dan [email protected] ini. Mungkin bagi kucing-kucing ini, doktor tidak akan dapat melihatnya seperti mana mereka tidak dapat melihat doktor.

Jika kucing milik Michelle [email protected] suka menyorok di lengan suaminya, kucing milik [email protected] pula tidak mahu keluar daripada begnya.

Petal yang merupakan kucing peliharaan Amy [email protected] pula menganggap dirinya halimunan apabila menyorok di belakang meja.

Bermacam-macam gelagat kucing yang dapat dilihat ketika dibawa bertemu dengan doktor haiwan. Mungkin kucing peliharaan anda pun begitu juga?

Sumber: BORED PANDA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds