Seingat Agosly a/l Andok, musim hujan jarang sekali berlaku di perkampungan Orang Asli di kampungnya di RPS Pos Kemar, Perak.

Namun setiap kali cuaca buruk melanda, pemuda itu teringat kembali kampung-kampung di penempatan itu akan menghadapi kekurangan bekalan makanan terutama apabila cuaca buruk tersebut berpanjangan.

Disebabkan itu, penduduk kampung sering merisikokan nyawa mereka untuk mencari makanan atau pergi memburu di hutan yang berbahaya berhari-hari demi mendapatkan keperluan makanan.

Warga emas adalah orang yang paling terkesan ketika musim ribut ini, kerana kebanyakan dari mereka tidak dapat pergi ke hutan. Untuk melengkapkan segala keperluan, alternatif yang mereka ada ialah pergi ke bandar yang berdekatan tetapi perkara tersebut agak mustahil semasa cuaca buruk atau ketika pasang surut air yang tinggi.

Penduduk Pos Kemar mendedahkan bahawa perjalanan ke Gerik – di mana penduduk sering membeli makanan dan keperluan – boleh mengambil masa sehingga empat jam dari kawasan pedalaman semasa ribut.

“Lokasi geografi yang mencabar – dua jam dengan menaiki motosikal di jalan kerikil dan satu jam dengan menaiki bot untuk menyeberangi Tasik Temenggor – menjadikannya lebih sukar bagi mereka untuk melakukan perjalanan untuk membeli keperluan harian mereka,” katanya.

Oleh itu, pemuda berusia 23 tahun itu berharap dapat meringankan beban mereka dengan inisiatif kotak makanan Bantuan Warga Emas, yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 100 penduduk penduduk dari 15 kampung di penempatan tersebut.

Lulusan kolej itu sedang berusaha untuk menyediakan 100 kotak makanan yang mengandungi 18 makanan dan keperluan lain seperti beras, gula, minyak masak, sabun, penghalau nyamuk dan produk penjagaan pergigian.

Mengikut perkiraan Agosly, setiap kotak makanan yang menelan kos kira-kira RM114 itu dijangkakan dapat menampung keperluan warga emas tersebut sekurang-kurangnya untuk sebulan.

Dengan sokongan daripada NGOHub, Agosly telah melancarkan kempen crowdfunding dengan harapan dapat mengumpul dana berjumlah RM10,500 untuk menampung kos inisiatif Bantuan Warga Emas.

Anda juga boleh menyalurkan sumbangan kepada mereka di laman web ini.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds