Seekor anjing baka Labrador retriever bernama Scout menemukan fosil gigi seekor mammoth berusia 13,000 tahun di halaman rumah tuannya di Whidbey Island, Washington.

Pemiliknya, Kirk Lacewell pada mulanya menyangka bahawa Scout hanya menggali keluar seketul batu ataupun cebisan kayu, sehinggalah diamati penemuan berkenaan tidak ubah seperti tulang.

Kredit: Komo News

Kirk kemudian menghantar kiriman gambar penemuan tersebut kepada ahli paleontologi di University of Washington’s Burke Museum, di mana ia dikenal pasti sebagai fosil mammoth. Lazimnya, anjing akan menggali tanah bagi menyembunyikan mainan atau ganjaran bahkan menemukan najis mahupun tinggalan bangkai yang telah mati.

Kirk perasan akan Scout sedang mengonggong sesuatu pada mulutnya selepas Scout menggali lubang di halaman rumah dan beranggapan anjingnya menjumpai kayu dan hanya membiarkan anjingnya itu gembira dengan ‘mainan’ barunya. Namun apabila Scout sangat tertarik pada benda berkenaan pada keesokan harinya membuatkan Kirk ingin melihatnya. Selepas mencuci dan mengeringkan benda tersebut, Kirk mendapati ia seperti tulang.

Kredit: Komo News

Bagi mendapatkan kepastian, dia menghantar gambar benda itu kepada ahli palaeontologi untuk mengesan usia dan asal objek berkenaan. “Gigi mammoth lazimnya dipelihara berbanding dengan bahagian lain”, jelas Andrea Godinez, pengarah pemasaran Muzium Burke.

Kredit: Komo News

Whidbey Island merupakan lokasi populasi terbesar mammoth sebelum spesies berkenaan pupus pada zaman ais, kira-kira 11,000 tahun lalu. Kira-kira 5,000 tahun sebelum itu, suhu pemanasan bumi menyebabkan Puget Lobe Lembaran Ais Cordilleran menurunkan ke Utara, yang membentuk pulau itu menjadi bentuknya sekarang.

Kredit: Komo News

Oleh kerana fosil mammoth tidaklah begitu asing, maka pihak muzium tidak berniat untuk menyimpannya bagi tujuan menyelidik ataupun untuk dipertontonkan kepada umum. “Tidak sangka pula seekor anjing akan membantu manusia menemukan fosil”, kata Godinez. Kirk akhirnya memutuskan untuk menyimpan fosil itu di ruang tamu rumahnya bagi menghargai usaha penemuan anjingnya.

Kredit: Dog Rescued | YouTube

Sumber: Business Insider , Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds